Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012


Tahun 2011 telah meninggalkan kita. 365 hari yang telah berlalu dipenuhi dengan pelbagai ragam dan warna-warni kehidupan. Apakah pencapaian terbaik anda sepanjang tahun 2011?
Pasti hebat dan insyaAllah akan lebih cemerlang di tahun 2012!
Mudah-mudahan usaha dan iltizam akan berterusan dan impian bakal menjadi kenyataan. Segala ilmu dan pengalaman bergumpal satu lantas kekal beriringan bagi membina kekuatan diri buat menempuh hari-hari mendatang.

Selamat Tahun Baru 2012!

I wish you and your family, a successful, healthy and prosperous New Year 2012!

Cheers,
Sharulnizam Ramli

Monday, December 26, 2011

Jangan hanya Adobe Photoshop sahaja..


(Paparan Perisian Adobe Ilustrator CS5)

Hari ini, ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan dengan penggunaan Adobe Photoshop yang sememangnya sudah terkenal dan rata-rata sudah ramai pakar-pakar dalam menggunakan perisian ini baik di sektor awam atau swasta.

Kebetulan ada berbual dengan bakal seorang guru pendidikan seni baru-baru ini yang begitu 'senang' dengan perisian tersebut. Bagus tu! Sekurangnya Seni visual dilihat kini bukan hanya memfokuskan kepada seni konversional atau tradisional semata-mata. Penggunaan seni digital pasti dapat menarik para pelajar khususnya di peringkat rendah atai menengah di masa depan.

Dari perbualan, berasa sedikit hairan bila dimaklumkan perisian Adobe Photoshop digunakan 100% dalam semua kerja desktop publishing atau penghasilan item korporat identiti??

Secara umumnya, Adobe Photoshop lebih kepada gerak kerja menerusi komputer atau laptop terhadap memanupulasikan imej/foto(raster) manakala Adobe Ilustrator amat berkesan dalam menghasilkan visual vektor khususnya dalam penghasilan item-item korporat seperti logo, rekabentuk surat rasmi, memo, poster, hingga ke outdoor items seperti billboard, bunting serta banner dan banyak lagi. Seharusnya penggunaan taipografi dilakukan di perisian Adobe Ilustrator pada imej yang telah dimanipulasi di perisian Adobe Photoshop. Terutama apabila menggunakan taipografi yang banyak.

InsyaAllah jika dua perisian asas digital ini(cth:berkenaan dengan senireka grafik)iaitu Adobe Photoshop dan Ilustrator dapat dikuasai seimbang oleh bakal atau para guru, ilmu Allah yang dikongsi di dunia ini dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar kita di masa depan sekaligus berupaya menarik minat serta keyakinan mereka terhadap seni visual baik seni bentuk 2D maupun 3D. InsyaAllah masyarakat tidak lagi melihat seni hanya berkenaan dengan melukis atau mengukir semata-mata.

-Hanya pandangan peribadi-

Monday, December 5, 2011

Avant Garde

Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan pembangunan dan kemajuan manusia berserta zamannya. Ini jelas bahawa sesuatu kebudayaan itu bermula dengan satu pembangunan serta berasaskan perkembangan perasaan peribadi seseorang individu dan seterusnya dengan kelompok sosial dan keagamaan kerana manusia mempunyai keperluan biologis, sosial dan spiritual. Oleh itu, pembangunan tersebut berterusan dengan menggunakan seni sebagai satu instrumennya.
‘Avant Garde’ secara umumnya bermaksud gerakan kumpulan pakar atau kelompok manusia yang mahir dalam bidang tertentu seperti kemahiran tinggi terhadap seni tampak atau visual, bahasa ataupun seni muzik di mana individu di dalam kumpulan ini tidak dipengaruhi oleh aliran, kaedah dan pemikiran konvensional atau radikal yang terdahulu.
Seni moden ini secara umumnya merangkumi karya-karya artistik yang dihasilkan sepanjang tempoh dari tahun 1860-an hingga 1970-an dan menunjukkan gaya dan falsafah dari seni yang dihasilkan pada zaman itu. Istilah seni moden biasanya berkaitan dengan seni di mana tradisi dan kaedah masa lalu telah dibuang menerusi penemuan baru atau eksperimentasi yang berulang. Oleh yang demikian, seniman atau artis moden melakukan eksperimen dengan kaedah dan cara baru bagi melihat serta mencipta idea-idea baru tentang sifat, bahan dan fungsi seni. Sesuatu kecenderungan secara abstrak ini adalah merupakan antara ciri-ciri seni moden yang sering disebut sebagai seni kontemporari atau seni postmodern.
Dari skop sejarah, Avant Garde berasal daripada dalam perkataan Perancis yang bererti barisan hadapan yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang melakukan aktiviti bersendirian dan hasil kerja yang terhasil adalah menerusi eksperimen baru yang berkaitan dengan seni, budaya dan politik. Ia begitu ketara melewati batas-batas norma yang biasa ditemui pada definisi seni, budaya dan realiti. Hasil dari penerapan di Perancis, ia telah bermula pada 17hb Mei 1863 sebagai refleksi dan reaksi kepada pembukaan Salon des Refuses di Paris. Sekumpulan pelukis tempatan telah mengetuai gerakan seni ini ekoran daripada hasil karya seni mereka yang ditolak oleh masyarakat terdahulu.
Terdapat beberapa tingkat aliran seni Avant Garde di Eropah. Antaranya adalah Konstruktivisme di Rusia, Cubism dan Futurisme di Itali, Dada di Switzerland, Bauhaus di Jerman dan De Stijl di Belanda.

Wednesday, November 30, 2011

Marcel Duchamp


Marcel Duchamp(1887-1968) dilahirkan di Perancis merupakan seorang artis di aliran dadisme dan surealisme yang dianggap antara seniman terpenting pada abad ke 20. Konsep readymade era Avant Garde oleh Duchamp merupakan satu konsep baru yang melangkaui jangkaan berbanding memfokuskan kepada kebijaksanaan, keindahan dan cara menghasilkannya oleh seniman-seniman lain sebelum ini. Antara karya terbaik Duchamp adalah karya berjudul Bicycle Wheel/roda basikal pada tahun 1913 iaitu pemilihan kedudukan sebuah roda basikal besi yang diletakkan di atas bangku kayu. Bagaimanapun idea readymade sculpcure oleh Duchamp ini hanya dipraktikkan sepenuhnya apabila menjelang tahun 1915.

Konsep utama idea beliau adalah merujuk kepada persoalan bagi menilai dan menghargai seni yang mana pada pandangan beliau adalah tidak perlu sama sekali. Bagi Duchamp, sesuatu yang dapat menarik perhatian adalah lebih penting berbanding bentuk atau rupa sesuatu objek seni yang telah dihasilkan. Rekaan yang anih dan buruk juga berupaya menarik perhatian manusia.

Sebuah lagi karya Duchamp berjudul Bottle Rack(1914) dianggap sebagai idea ‘readymade’ pertama Duchamp yang paling berjaya dan sempurna. Karya-karya lain beliau adalah Prelude to a Broken Arm (1915) dan seterusnya penghasilan karya berjudul In Advance of Broken Arm. Manakala karya Duchamp yang berjudul Fountain (foto sebelah)pada tahun 1917 telah dipilih oleh ratusan para seniman pada tahun 2004 sebagai karya cipta paling berpengaruh dan amat berkesan bagi abad ke 20. Ia merupakan arca mangkuk tandas untuk tempat buang air kecil bagi lelaki. Dengan ukuran ketinggian 60sm dan dipamerkan kepada umum di Muzium Seni Philadelphia.

Tuesday, November 29, 2011

Azam Tahun Baru dan 'MIXED METHODS RESEARCH''

Maal Hijrah 1433H disambut sederhana seperti lazimnya. Mungkin meriah di sesetengah tempat di negara kita? Yang penting iltizam dalam diri tersemat utuh di dalam hati. Semoga ketibaan tahun baru ini, umat islam seluruhnya dilimpahkan rezeki dan nikmat Allah yang tidak terhingga. InsyaAllah.
Bagai meredah lautan yang tiada ketepian begitulah perasaannya apabila membuka helaian pertama buku Designing & Conducting MIXED METHODS RESEARCH penulisan Creswell dan Clark(2011).

Meneliti bab pertama sahaja sudah cukup mengasyikkan. Berharga RM120 selayaknya tidak dapat dinilai dengan wang itu jika dibandingkan dengan input penerangan di dalamnya. Inilah pengisian masa utama untuk seminggu ini sebelum kembali ke kampus Selasa depan.
Sepintas lalu dari sedikit pembacaan awal, kaedah campuran mempunyai 4 asas rekabentuk utama iaitu:
i)kualitatif diikuti dengan KUANTITATIF. ii) kuantitatif dikuti dengan KUALITATIF.
iii)KUANTITATIF diikuti dengan kualitatif. iv) KUALITATIF diikuti dengan kuantitatif.
Seharusnya akan kupilih satu sahaja dari keempat-empat rekabentuk yang tertera di atas. Kemungkinan besar rekabentuk iv akan jadi keutamaan dalam penyelidikan Dr Falsafah nanti.

Sunday, November 20, 2011

Orientasi Kajian Kes

Jumaat lepas jam 9am menghadiri pembentangan proposal pelajar-pelajar sarjana dan PHD di kampus bagi pengajian Visual Arts, Performing Art & Music. Bertolak dari Kuantan jam 4.30am.

Rumusnya ada calon yang bagus dan ada yang masih samar. Tambahan bahasa ibunda tidak digunakan. Bahasa kedua seperti English tetap jadi keutamaan. Ya, tidak salah...terpulang. Cuma sayangnya walaupun fluent in English seperti lazimnya mendapat perhatian ketika perbentangan apa juga kertas namun sedikit merugikan jika isi atau inputnya tidak sehebat tutur linguistiknya. Bahkan hampir kesemua calon pembentang tidak menyatakan sebarang theoretical framework yang akan mereka adaptasikan. Begitu juga berkenaan dengan kajian kes. Sebagai contohnya, Kaedah Kualitatif ke arah kajian kes tidak dinyatakan secara mendalam. Ini memungkinkan mereka terjerat jika ada pertanyaan daripada para panel supaya diperincikan lagi kajian kes yang mereka maksudkan.
Di sini ingin saya nyatakan contoh penulisan kertas cadangan penyelidikan berorientasikan kajian kes yang mungkin boleh dijadikan panduan asas.

Kaedah Penyelidikan
Bagi kaedah penyelidikan ini, penyelidik selaku instrumen utama telah memilih penyelidikan berorientasikan Kajian Kes.
Terdapat 3 jenis kajian kes yang utama iaitu:

i) Kajian kes intrinsik
ii) Kajian kes instrumental
iii) Kajian kes kolektif

Daripada tiga jenis kajian kes tersebut, penyelidik akan memfokuskan kepada Kajian Kes Intrinsik iaitu satu kajian yang dilakukan bertujuan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih terperinci tentang sesuatu kes tertentu dan didorong oleh minat yang mendalam. Ini bersesuaian dengan objektif kajian penyelidikan ini bagi menganalisis secara kritis permasalahan yang dinyatakan bagi mencapai objektif penyelidikan ini.
Menurut Merriam (1998), Kajian Kes adalah satu proses bagi melaksanakan kajian analisis atau sistem atau dari segi produk. Proses yang berlangsung bertumpu kepada sesuatu yang unik tentang reka bentuk kajian serta pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripadanya.
Creswell (2008) pula menjelaskan bahawa Kajian Kes merupakan kajian yang lebih memfokuskan kepada sesuatu projek, program atau aktiviti yang dijalankan secara mendalam oleh individu atau perseorangan berbanding dengan aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.
Stake (1995) pula menyatakan Kajian Kes adalah satu proses kajian yang mendalam terhadap sesuatu perkara rumit dengan mengenalpasti perihal atau aktiviti penting yang telah atau sedang berlangsung dalam tempoh jangkasama tertentu.

Sila rujuk Stake, R. (1995). The Art of Case Study Research. California: Sage Publication, Inc.
-Sekadar berkongsi pandangan-

Thursday, November 3, 2011

Salam Idul Adha



Selamat menyambut ketibaan Idul Adha pada hari Ahad 6hb November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah dan selamat mengerjakan ibadah qurban buat semua muslimin dan muslimat.
Qurban dalam bahasa Arab bermaksud mendekatkan diri kepada Allah swt. Secara tersirat, ibadah qurban juga mendekatkan lagi hubungan silaturrahim antara miskin dan kaya. Secara tidak langsung, hubungan antara umat Islam dalam konteks sosial dan spiritual akan bertambah erat dan teguh. Ibadah qurban juga merupakan refleksi daripada peristiwa bersejarah Nabi Ibrahim a.s yang diuji oleh Allah swt agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s

Semoga Idul Adha tahun ini menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita semua dengan tingkat amalan dan ibadat kita berterusan diberkati Yang Maha Esa.

Friday, October 28, 2011

Tulis Buku Bahasa Melayu katalis kenaikan pangkat

Petikan dari akhbar tabloid Kosmo kelmarin(Jumaat 28hb Oktober) berkenaan dengan kreteria bagi kenaikan pangkat kalangan ahli akademik juga antaranya adalah dengan menulis buku Bahasa Melayu adalah sangat dialukan. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa ianya merupakan insentif dalam Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi yang dilancarkan pada Khamis lepas. Beliau turut menyatakan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Seterusnya menyasarkan 70% pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains dan sosial.

Ini merupakan langkah susulan yang menarik setelah dua pemimpin tertinggi negara iaitu Dato Sri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini turut sama menyarankan agar sektor awam dan swasta dapat berganding bahu dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Adalah penting langkah-langkah ini disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama tidak mmenolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa universal.

Berkenaan dengan penulisan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu, ianya suatu yang bagus tambahan negara kita sangat kekurangan bahan-bahan ilmiah dalam bahasa ibunda sebagai rujukan. Pakar-pakar ilmu di Institut pengajian Tinggi seharusnya mengambil insentif ini dan sekaligus menaikkan imej dan kualiti pendidikan di negara kita.

Thursday, October 27, 2011

Ranking Universiti tempatan - Kualiti?

Kerap kedengaran universiiti-universiti tempatan di negara kita yang berusaha mendapatkan ranking dunia yang lebih baik. Ianya dilihat positif dan meningkatkan mutu akademik sesebuah universiti. Kelmarin sebuah akhbar bahasa Melayu telah melaporkan impian Universiti Malaya untuk kembali di dalam kelompok 100 universiti terbaik di dunia sebelum 2015. Tidak hairanlah memandangkan Universiti Malaya sebagai universiti tertua di negara ini malahan tidak salah jika dianggap masih yang terbaik khususnya hasil dari aspek penyelidikan R&D yang telah dilakukan di Malaysia.

Di kala kerajaan berusaha menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan utama di rantau sebelah sini, adalah mendukacitakan jika masih terdapat lagi universiti yang memiliki penjawat/pensyarah kalangan Doktor atau Prof di dalamnya yang tidak benar-benar berilmu dan jujur dalam meningkatkan mutu akademik di fakulti masing-masing. Barangkali 'lesson plan' tidak benar-benar diuji sebelum dilaksanakan. Atau mungkin pensyarah yang mengajar hanya mengajar apa yang mereka tahu berbanding apa yang patut mereka ajar. Ternyata mangsanya adalah pelajar.

Jika diungkap dari perspektif penyelidikan baik di peringkat sarjana maupun doktor falsafah, penyelidikan kualitatif dan kuantitatif merupakan domain yang menjadi pilihan. Pelajar seharusnya diajar dan memiliki keupayaan bagi mempelajari kedua-dua pendekatan dan ini sangat penting bagi menjayakan sesuatu penyelidikan ilmiah. Jadi bagaimanakah nilainya sesetengah universiti di negara ini boleh mengatakan mereka merupakan sebuah universiti yang bagus jika masih terdapat sesetengah fakulti yang hanya mengajak kalangan pelajar memilih satu pendekatan penyelidikan sahaja( barangkali kerana satu pendekatan itu sahaja yang mereka arif) Fenomena ini merugikan pelajar terutama apabila mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan. Adalah penting dalam disiplin dan ilmu penyelidikan, para pelajar diajar dengan kedua-dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif.

Jikapun seseorang pensyarah condong kepada kaedah penyelidikan kualitatif sahaja sebagai contoh, tidaklah bermakna mereka berhak mengheret pelajar turut sama 'terjun lombong' seperti mereka. Seorang pensyarah yang bagus lagi serba boleh merupakan individu yang peka kepada kualiti pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah diharap sesetengah pensyarah-pensyarah kalangan doctorate yang hanya 'cari makan' di pusat pengajian tinggi akan segera berundur seandainya tidak amanah dalam menjalankan tugas demi kebaikan kualiti pendidikan anak bangsa untuk hari ini, esok dan masa hadapan.

Usah makan cili jika tidak mau rasa pedas!

Thursday, September 22, 2011

Kampus oh Kampus


Masih bergelut dengan bahan yang ampuh bagi persediaan kertas cadangan yang benar-benar berwibawa. Apakah hanya Ilustrasi dan ciri atau fungsi mahupun aspek yang menarik mata-mata kecil terhadap buku cerita bergambar? Ternyata segalanya perlu dikupas di bab pertama ini seenaknya.

Dushcastel (1978) menjelaskan bahawa untuk mengenali dan mengetahui kepentingan ilustrasi perlu bermula dengan mempelajari fungsi ilustrasi itu terlebih dahulu. Beliau berpendapat bahawa di antara fungsi ilustrasi yang sangat penting adalah bagaimana sesebuah ilustrasi dapat berperanan bagi membantu seseorang pelajar atau kanak-kanak untuk mengingati apa yang dipelajari semasa dan selepas sesi pembelajaran secara formal dan tidak formal.

Walau apapun, melangkah kembali ke kampus baru begitu hebat perasaannya. Ternyata persekitaran yang ada sangat mempengaruhi idea-idea dalam diri agar kuat bagi meneruskan dambaan ilmu ini.

Monday, August 22, 2011


Ramadhan 22- Begitu cepat Ramadhan al Mubarak bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Ilahi.

Dikesempatan ini, ingin saya ucapkan Selamat menyambut Hari Lebaran buat semua rakan-taulan dan saudara seagama semoga Syawal bakal disambut dengan penuh keceriaan bersama dengan keluarga tercinta dan sanak saudara. Selamat pulang ke kampung halaman dan semoga selamat dalam perjalanan nanti InsyaAllah.

Monday, July 25, 2011

Salam Ramadhan Mubarak

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua umat Islam yang dijangka pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2011 semoga ibadat kita lebih baik daripada tahun sebelumnya. Juga semoga kita beroleh banyak fadhilatnya InsyaAllah.


Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Wednesday, July 20, 2011

Implikasi Batik Terhadap Pendidikan Seni

Secara umumnya, kesenian kraf seperti batik seharusnya terus diwarisi untuk penghayatan generasi yang akan datang khususnya golongan muda bagi meneruskan kesinambungannya agar seni ini tidak hilang ditelan zaman. Di sinilah peranan pendidikan dilihat berupaya menyemai dan mendidik generasi muda seperti pelajar agar mencintai dan menghargai eksplorasi yang ada dalam seni kraf seperti batik.

Menerusi kajian yang telah dilakukan, kesenian kraf seperti batik boleh dijadikan sumber rujukan ilmiah kepada pelajar-pelajar di pra-sekolah, peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang menghargai kesenian warisan bangsa.

Bagi pelajar-pelajar aliran seni, kreativiti antara aspek yang sering diperkatakan apabila menilai idea dan karya-kaya seni yang dihasilkan. Theory of Multiple Talent oleh Taylor dalam Jaffri Hanafi(2008) memperihalkan bahawa ciri-ciri yang dapat mencerna dan menjana idea-idea kreatif antaranya adalah dengan melakukan lawatan-lawatan berbentuk akademik. Inovasi dan inventif dalam pembelajaran dapat disemai ke dalam diri pelajar menerusi pengalaman yang mereka lalui ketika melakukan lawatan ke lapangan.

Dewey(2005) dalam Art As Experience turut menegaskan bahawa pengalaman merupakan kunci dalam membina keyakinan dan pengamatan dalaman serta luaran manusia terhadap apa ingin dilakukan dalam konteks tertentu.

Lazimnya, kritikan seni tidak dapat dipisahkan dengan hasil akhir sesebuah karya atau hasil seni. Oleh yang demikian, pembelajaran dan pengajaran oleh pelajar dan guru semasa aktiviti lawatan akademik dilihat dapat dimanfaatkan melalui kritikan seni di lapangan akademik yang dilawati seperti pelajar menyatakan apa yang dilihat, menganalisa, menginterpretasi dan melakukan penilaian.

Oleh yang demikian, lawatan akademik oleh sekolah atau pusat pengajian tinggi ke pusat aktiviti kesenian kraf seperti perusahaan batik di Natural Batik Village boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar untuk tujuan ini.

Natural Batik Village di Balok ini turut dilihat berpotensi dalam memberi pendedahan awal terhadap kesenian kraf batik kepada generasi muda terutama pelajar-pelajar di bangku sekolah melalui bengkel dan kelas mencanting batik lukis yang diadakan pada setiap hujung minggu. Menerusi latihan dan pembelajaran secara praktikal yang diperolehi di lapangan, pelajar-pelajar ini akan mendapat pemahaman yang lebih jelas dengan diberi peluang melalui setiap proses-proses mencanting dan mewarna batik lukis. Pendedahan awal ini berupaya memberi gambaran dan pengetahuan yang lebih jelas kepada pelajar berkenaan dengan penumpuan, estetika, representasi dan kreativiti. Pendekatan Bloom(1956) menerusi domain kognitif, efektif dan psikomotor boleh diguna dan dipraktikkan di lapangan oleh para pelajar dan guru.

Usahasama dan program di antara pihak sekolah dengan pusat-pusat kesenian kraf seperti batik lukis wajar diadakan dan dirintis dengan menjadikan pusat-pusat kesenian tersebut sebagai rakan sekolah atau anak angkat sekolah bagi tujuan pembelajaran teori dan praktikal di lapangan. Natural Batik Village dilihat berpotensi menjadi sebahagian dari program pendidikan ini.

Pusat-pusat pengajian tinggi yang mengambil bahagian dilihat berupaya mendapat pelbagai manfaat dari program-program seperti ini. Program praktikal dalam kalangan pelajar-pelajar jurusan seni boleh dimanfaatkan dengan dihantar menjalani latihan kemahiran ke pusat kraf seperti di Natural Batik Village untuk satu tempoh tertentu dilihat boleh mengarap bakat-bakat muda di samping menyemai ke dalam diri pelajar supaya menghargai kesenian kraf ini. Objektif utama program seperti ini tidaklah bermaksud untuk melahirkan penggiat-pengiat batik di kalangan generasi baru tetapi lebih kepada mendekatkan masyarakat muda kepada aktiviti seni di lokasi atau lapangan agar mereka dapat melihat dan meneroka sendiri potensi kraf seperti batik untuk dihayati dan dipelajari. Secara tidak langsung, ini dapat melahirkan pelajar yang beriltizam dan berdaya saing dalam mencari ruang dan peluang-peluang perniagaan selepas tamat pengajian mereka.

Secara keseluruhannya, kajian ini turut memberi impak kepada pertambahan bahan-bahan bacaan ilmiah untuk pendidikan seni dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang terutama golongan pelajar mengenai kesenian kraf. Secara tidak langsung telah berjaya memperkenalkan Natural Batik Village sebagai pusat kegiatan kesenian kraf batik di Pahang, terutama berkaitan dengan eksplorasi terhadap motif batik lukis di negara kita.

Wednesday, June 29, 2011

Ghazali & Natural Batik Village


Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 telah memperlihatkan tradisi baru bangsa Malaysia yang menampilkan jenis dan motif batik yang menjadi simbol bangsa serta mengekalkan nilai sebenar untuk terus diwarisi dan digemari masyarakat yang mendokongnya. Kepentingan dan kesedaran betapa warisan kesenian perlu dikekal dan dipertahankan, memperlihatkan industri batik di Malaysia hari ini semakin berkembang pesat.

Pantai Balok di Kuantan antara lokasi perkelahan yang popular di Pahang. Juga pantai batu Hitam yang dipenuhi pengunjung di hujung minggu dan cuti umum atau persekolahan. Seperti dijanjikan dalam catatan lalu, kali ini saya ingin berkongsi tentang seorang penggiat Batik terkenal di perkampungan Balok.

Encik Ghazali(gambar) berasal dari Kampung Losong, Kuala Terengganu dan telah menetap di Pahang sejak dari tahun 1978. Pada usia menjangkau 46 tahun, beliau telah mengenali batik sejak dari kecil lagi. Menurut Encik Ghazali, batik bukanlah asing baginya. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, beliau sering mengunjungi dan melihat aktiviti membatik yang dijalankan berhampiran dengan rumah beliau. Dari sinilah telah muncul minat dan keinginan beliau bagi mempelajari proses-proses menghasilkan batik. Kegiatan seni batik Encik Ghazali bermula dengan melukis batik di kaki lima sekitar bandar Kuantan dan di pantai Telok Chempedak.

Pada akhir tahun 80-an, beliau telah membuka kilang batik sendiri di Semambu dan pada tahun 2004, kilang batik beliau telah berpindah ke Balok. Sejak dari itu, produk batik beliau mula terkenal dan mendapat tempat di pasaran tempatan.
Di Natural Batik Village, Encik Ghazali mempunyai lapan orang pekerja bagi membantu menjalankan perusahaan batiknya. Kesemua pekerja beliau mempunyai peranan mengikut tahap kemahiran masing-masing.


Terdapat dua kaedah utama dalam menghasilkan batik di Natural Batik Village iaitu melalui kaedah membatik secara terap/cop dan kaedah membatik secara canting atau lukis. Menerusi pemerhatian secara langsung dan temubual, saya mendapati penghasilan motif-motif dari batik lukis merupakan nadi kepada perusahaan membatik Encik Ghazali. Berdasarkan temubual secara tidak berstruktur, Encik Ghazali berpendapat bahawa motif melalui batik lukis lebih memberi kepuasan dan tinggi kualiti serta nilainya jika dibandingkan dengan batik terap. Ini menurut beliau, disamping motif-motif batik lukis memberi kepuasan kepada pelanggan, ia juga secara tidak langsung memberi keyakinan dan inovatif yang berterusan kepada diri penggiat bagi melahirkan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik lagi berdasarkan kehendak pasaran dan cita rasa pengiat itu sendiri.


Saya teruja melihat hasil batik lukis motif fauna-figuratif Encik Ghazali yang jarang ditemui pada motif-motif batik lukis di Terengganu dan Kelantan.
Di dapati motif batik lukis yang memperihalkan gambaran peristiwa, simbol keagamaan dan rencah kehidupan masyarakat khususnya kaum Melayu sering menjadi pilihan Encik Ghazali dengan meluahkannya di kain canting. Menurut Encik Ghazali, motif penceritaan dan penggambaran semula ini memerlukan seseorang penggiat berada dalam keadaan `mood’ yang baik. Ini menjelaskan bahawa mood berkait dengan tingkat apresiasi dan ekplorasi dalam karya kraf. Menurut Zakaria Ali(1989), apresiasi seni atau penghargaan seni adalah suatu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Menerusi pemerhatian saya, inilah yang dapat dilihat dalam motif-motif batik lukis yang dihasilkan oleh penggiat di Natural Batik Village.

Inilah juga antara mengapa saya tertarik untuk datang serta melihat sendiri lokasi dan karya -karya batik lukisnya. Satu dari karya cantingnya yang menarik perhatian saya apabila berada di sana adalah ketika Encik Ghazali sedang mencanting seekor naga(foto dibawah)yang ditempah oleh pelanggan berbangsa tionghua. Saya akan paparkan antara karya-karyanya yang sempat saya dokumenkan untuk dikongsikan pada catatan akan datang. Biarpun Encik Ghazali bersifat pemalu namun beliau menerima baik kehadiran saya dan sekumpulan pelancong asing yang berkunjung pada masa itu. Ternyata nilai dan estetika hasil batik di Natural Batik Village akan terus mengamit pengunjung dan jika anda ke sini pasti 'kurang' sempurna jika tidak mengunjungi bahagian kraftangan di premis hadapan Natural Batik Village yang dialun dengan muzik gamelan yang mengingatkan saya ketika berkunjung ke kedai-kedai kraf di Yogyakarta suatu ketika dahulu. Dewey(2005) menyatakan bahawa peranan estetika secara tidak langsung telah memberi nilai dan kualiti terhadap hasil seni yang dihasilkan. Justeru, gabungan warna dan objek yang dicanting pada motif batik lukis telah memperlihatkan kesungguhan dalam diri penggiat bagi meluahkan nilai-nilai yang indah pada setiap motif yang dihasilkan.
Rumusnya, antara unsur-unsur yang perlu memainkan peranan penting dalam penghasilan batik ialah idea penggiat, persekitaran, representasi, estetika, ekspresi dan kreativiti. Sesungguhnya segala mengenai batik adalah sungguh bernilai dari perspektif ekonomi, budaya dan sosial!

Proses menindihkan warna berkali-kali ke atas motif


Pelancong asing menyaksikan demo batik cop dan lukis

Thursday, June 23, 2011

Kata Collingwood



Lucu, saya hanya ada sehelai dua baju batik bermotif flora dan saya belum mampu membeli karya atau hasil batik lukis terutama dari idea gabungan fauna figuratif dan alam yang boleh dipamerkan pada dinding di rumah sendiri( seperti 2 contoh hasil batik lukis dalam foto disebelah). Sebesar saiz A2 tanpa frame sudah mencecah ratusan ringgit. Itu pengalaman saya apabila berkunjung ke sebuah pusat kegiatan batik di daerah Kuantan, Pahang beberapa tahun dahulu.

Batik merupakan sebahagian daripada seni kraf. Kraf didefinisikan sebagai perusahaan(kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar.

Collingwood(1938) menjelaskan bahawa kraf merupakan sebagai satu aktiviti kesenian yang melibatkan rekabentuk dan kemahiran serta kecekapan tangan dalam mengolah atau mengubah bahan asas yang dipilih.

Beliau turut menyatakan bahawa kraf selalunya membabitkan hubungan di antara alat dan media yang mana merujuk pada dua pengertian yang tidak sama tetapi saling memerlukan dan berkaitan.

Menurut beliau lagi, apa juga bentuk fizikal seni yang sedang diproses secara teknikal hingga mendapatkan hasil pada akhirnya merupakan seni kraf. Segala aktiviti seni kraf secara tipikalnya mempunyai enam karektor iaitu perkaitan yang membezakan di antara aktiviti pertengahan dan aktiviti akhir, perbezaan di antara perancangan dan pelaksanaan, semasa perancangan lazimnya karya akan dipilih manakala semasa perlaksanaan pula hasil akhir sahaja diutamakan, keupayaan membezakan di antara bahan mentah dan produk siap, keunggulan dilihat pada bentuk dan jirim manakala karektor terakhir yang ditegaskan oleh Collingwood ialah seni kraf mempunyai tiga peringkat iaitu bahan mentah daripada hasil kraf yang akan digunakan bagi menghasilkan satu produk kraf yang lain, melibatkan bahan mentah yang dihasilkan bagi menambah fungsinya kepada produk lain dan perdagangan yang mempersembahkan hasil kraf.

Pada catatan akan datang, saya ingin memperkenalkan seorang penggiat yang begitu sinonim dengan batik di Balok, Kuantan, Pahang. Beliau juga merupakan individu yang menghasilkan 2 hasil karya batik lukis dalam foto diatas. Mungkin anda juga boleh mengunjungi ke lapangan hasil tangan beliau apabila berkunjung ke Kuantan satu masa nanti!

Monday, June 20, 2011

Kamera DSLR Untuk Amatur


Walaupun beberapa rakan memberi pandangan yang tipikal tentang Brand Nikon ini berbanding EOS Canon 600D yang dikatakan lebih mudah difahami ikon-ikonnya namun tidak salah berkongsi tentang keluaran terbaru Nikon ini khususnya untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan fotografi. PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kita selama ini, mungkin sudah boleh dibuang jauh-jauh dengan kehadiran DSLR ini yang dikatakan berharga sekitar RM 2400-2600.

Antara yang menarik pada DSLR D5100 adalah efek-efek/kesan khas yang terdapat pada DSLR D5100 iaitu kamera pertama keluaran Nikon yang boleh melakukan kesan khas sama seperti yang terdapat dalam perisian Photoshop. Manakala ciri-ciri fizikal yang jelas pada produk baru Nikon itu adalah sendi pada monitor LCD yang bersaiz 7.5 sentimeter boleh digerak pelbagai sudut yang berbeza mengikut kesesuaian dan ketinggian pengguna.

Monitornya boleh dibuka secara horizontal sehingga 180 darjah serta mampu dipusing ke atas dan ke bawah pada sudut maksimum, 270 darjah.DSLR D5100 juga boleh menghasilkan kesan khas seperti lakaran lukisan dengan hanya perlu mengawal keterangan warna dan ketebalan garisan luar imej berpandukan pada paparan monitor.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga mampu menghasilkan kesan khas pada foto yang kelihatan seakan-akan miniatur dengan menggunakan kesan diorama dalam fungsi D5100.
Bagi rakaman video pula, kamera Nikon itu berkemampuan membuat rakaman dalam format video berdefinisi tinggi (HD).

Walaupun D5100 berada dalam kelas paling rendah iaitu kategori amatur tetapi ia boleh dipasang mikrofon pada luar badan kamera. Tampak ianya sesuatu yang begitu menarik!
Ini adalah kerana penggunaan mikrofon stereo amat berguna dalam rakaman supaya bunyi yang dirakam tidak diganggu dengan bunyi getaran kanta auto-fokus ketika pengambaran.
Selain daripada itu, DSLR 5100 ini juga dilengkapi dengan fungsi D-Movie.

Saya agak teruja apabila memegang sendiri DSLR ini dua minggu lalu namun masih lagi membandingkannya dengan Canon EOS 600D. Jika anda berminat untuk membelinya pastikan jaminan penyelenggaraannya dilakukan hanya di dalam negara ini dan bukannya perlu dihantar ke kilang Nikon di luar negara!

Saturday, June 18, 2011

Amalan Membaca Rakyat Malaysia Makin Menurun?

Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setiap tahun.

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan pada tahun 1996. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dan laporan kajian ini telah disediakan oleh sekumpulan panel penulis yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Rahimah Hj. Ahmad iaitu Pengarah Institut Pengajian Kepengetuaan dari Universiti Malaya.

Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah menumpukan kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan melibatkan kawasan persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di bandar dan di luar bandar. Kajian telah mendapati bahawa peratusan ‘boleh membaca’ atau literasi membaca rakyat Malaysia pada tahun 2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas. Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat Malaysia telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas. Terdapat tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia tidak membaca iaitu mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2%) dan tidak berminat membaca (13.5%).

Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat rendah dimana menjelaskan bahawa semakin meningkat umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan penduduk di negara ini. (Sumber: Perpustakaan Negara - 17 Feb 2011)

Sunday, June 12, 2011

Sejarah ilustrasi Buku Kanak-Kanak di Malaysia?

Menurut Md Sidin (2008), buku kanak-kanak merupakan buku yang mengandungi gambar-gambar dan ilustrasi sebagai elemen yang lebih penting dari teks atau taipografi. Menurut beliau, buku bacaan kanak-kanak yang pertama di Malaysia telah diterjemah dan dihasilkan pada tahun 1818 oleh Claus Henrich Thomsen yang berjudul Menolong Segala Anak.
Penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia dikatakan semakin aktif dan mula mendapat sambutan masyarakat pada awal tahun 70-an dan 80-an. Konsep yang banyak dihasilkan dalam buku kanak-kanak adalah berdasarkan kisah binatang, pari-pari, mitos, lagenda, misteri, pengembaraan, hantu, persekolahan, fiksyen sains, jenaka, agama, informasi dan puisi.
Oleh itu, Md Sidin berpendapat bahawa buku kanak-kanak berperanan dalam menggambarkan sosio budaya dalam sesebuah masyarakat.

Walau sebaik mana sekalipun sesuatu penceritaan di dalam buku kanak-kanak namun ilustrasi memainkan fungsi yang lebih penting dalam menarik minat golongan kanak-kanak. Menurut Harris (2008), golongan kanak-kanak lebih memilih buku kanak-kanak yang dapat menarik minat mereka. Antaranya adalah jenis buku kanak-kanak yang mempunyai ilustrasi yang menarik, jalan cerita yang menawah hati, tema humor, siri pengembaraan dan bertemakan penyelesaian masalah.

Wednesday, June 1, 2011

Teori Minda?

Satu teori yang pernah dimplemenkan dalam melihat tingkah laku manusia maupun haiwan iaitu:

Theory of Mind yang telah diperkenalkan oleh Premark & Woodruff pada tahun 1978 dimana mereka menyatakan bahawa keupayaan dan kemampuan otak dalam melambang dan memperlihatkan perlakuan dan sifat seperti keinginan, minat, kepercayaan, belajar dan ingin tahu tentang dirinya sendiri, sesuatu perkara, benda dan juga tentang manusia lain.

Berdasarkan pernyataan mereka:

An individual has a theory of mind if he imputes
mental states to himself and others. A system of
inferences of this kind is properly viewed as a
theory because such states are not directly
observeable, and the system can be used
to make predictions about the behavior of
others.
(mukasurat 515)

Masih menyukat pro dan kontra andai teori ini mahu diadaptasikan ke dalam kajian saya terhadap minat dan kaitannya dengan buku kanak-kanak. Mungkin tidak sesuai dipraktikkan untuk 'indirect observation' terhadap kanak-kanak atau mungkin tidak salah jika tetap ingin juga diuji keberkesanannya.

Apapun saya masih punya beberapa pilihan lain seperti teori dari Jean Piaget, Vev Vgotsky dan Albert Bandura. Semoga ketemu yang lebih ampuh di hari mendatang! InsyaAllah

Thursday, May 26, 2011

Martin Salisbury

Jika Powers, A.(2003) menyatakan tahun 1744 merupakan era awal penghasilan ilustrasi pada buku untuk kanak-kanak ternyata pernyataan Professor Martin Salisbury dalam penulisannya setahun selepas itu berlawanan dengan tanggapan Alan Powers.

Menurut Salisbury (2004), buku yang mengandungi ilustrasi pertama kanak-kanak telah dihasilkan oleh Jost Amman pada tahun 1580 di Frankfurt berjudul Kunst and Lehrbuchein. Ini diikuti oleh buku kanak-kanak kedua berjudul Orbis Pictus pada tahun 1658 di Poland yang dihasilkan oleh seorang paderi Moravian yang berasal dari Republik Cech.

---------------------------------------------------------------------------------


Di kala usia semakin hampir berubah digitnya pada Jun nanti, penyelidikan ke atas ilustrasi dalam buku kanak-kanak akan dikecilkan skopnya merujuk kepada keperluan permasalahan kajian yang utama. Tertarik dengan ungkapan seorang ilustrator buku kanak-kanak ulung di Malaysia yang menyatakan bahawa:
" setiap hari bayi dilahirkan ke dunia tetapi bukan setiap hari buku kanak-kanak diterbitkan ke dunia.."

InsyaAllah akan dikongsikan kajian ini bersama bila tiba saat dan waktunya.

Friday, January 7, 2011

Sejarah Awal Penghasilan Kulit Depan Buku Cerita Kanak-Kanak

Belum terlambat untuk diucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan.

Akhirnya ketemu sesuatu yang dicari bagi menyokong penyelidikan ini. Berkenaan dengan sejarah awal penghasilan kulit depan buku cerita dan gembira dikongsikan di sini. Dari pembacaan:


Powers, A. ( 2003) menjelaskan bahawa sejarah penghasilan kulit depan buku untuk kanak-kanak bermula pada tahun 1744 apabila John Newberry(1713-67) mempromosi dan menghasilkan sebuah buku dengan kulitnya dijilid kemas dan berwarna keemasan berjudul `A Little Pretty Pocket Book’ yang diedarkan di kedai bukunya di St Pauls’s Churchyard, England. Penghasilan variasi baru rekabentuk kulit depan buku kanak-kanak tersebut telah memberi idea kepada rakan niaga Newberry iaitu Benjamin Collins dari Salisbury untuk membuat pelaburan secara serius dengan memperkenalkan penggunaan warna, corak, abjad dan taipografi yang ringkas pada bahagian visual kulit depan buku kanak-kanak yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat di England khususnya kalangan ibubapa. Idea dan kreativiti dua sahabat ini terus digunapakai hingga ke hari ini

Sumber:
Powers. A. (2003). Children’s book covers: Breat book jacket and cover design. Octupus Publishing Group ltd: United Kingdom

Artikel Paling Dilawati