Sunday, March 8, 2015

Lawatan Akademik Pelajar Semester 04 Diploma Senireka Grafik & Media Digital UiTM Seri Iskandar

Bagi menjana kreativiti tidak harus terbelenggu di dalam studio sendiri dan kampus semata-mata. Atas faktor itu, 25-26hb Februari & 4-5 Mac 2015 iaitu sebanyak dua sesi lawatan akademik membolehkan saya bawa 81 orang pelajar Uitm Seri Iskandar semester 04 melawat beberapa agensi animasi, periklanan & penerbitan di Petaling Jaya dan Shah Alam. Antara agensi tersebut adalah Anithink Studios aka Ibupejabat Persatuan Animasi Malaysia, Naga DDB, Cd Communication & Karangkraf Sdn Bhd. Program
berlangsung 2 hari satu malam yang memerlukan pelajar bermalam di Hotel Prescott, Klang.
Alhamdulillah lawatan akademik ini disambut baik lagi mesra oleh pihak agensi dan semoga memberi manfaat kepada para pelajar jurusan grafik bagi subjek advertising & art direction. Terima kasih kepada semua agensi yang sudi berkongsi kepada para pelajar berkaitan dengan dunia animasi, periklanan dan penerbitan serta pencetakan.
(FOTO ATAS): Lawatan pertama 26hb Februari 2015 di ibupejabat Karangkraf saya dan pensyarah kanan En. Khairul Azahari & 45 pelajar bersama pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacob(berbaju kemeja putih duduk di bahagian tengah) pukul 12 tengahari hari Khamis, 26hb Februari 2015.
(FOTO BAWAH): Lawatan kedua pada 5hb Mac 2015: Saya, En Khairul Azahari dan 34 orang pelajar bersama En Hashim Manan di ruang legar ibupejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Artikel Paling Dilawati