Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setiap tahun.
Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan pada tahun 1996. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dan laporan kajian ini telah disediakan oleh sekumpulan panel penulis yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Rahimah Hj. Ahmad iaitu Pengarah Institut Pengajian Kepengetuaan dari Universiti Malaya.
Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah menumpukan kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan melibatkan kawasan persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di bandar dan di luar bandar. Kajian telah mendapati bahawa peratusan ‘boleh membaca’ atau literasi membaca rakyat Malaysia pada tahun 2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas. Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat Malaysia telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas. Terdapat tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia tidak membaca iaitu mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2%) dan tidak berminat membaca (13.5%).
Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat rendah dimana menjelaskan bahawa semakin meningkat umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan penduduk di negara ini. (Sumber: Perpustakaan Negara - 17 Feb 2011)
Saturday, June 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Dilawati
-
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya da...
-
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh...
-
Pembentangan Kertas Seminar: PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli ...
-
Fokus: Teori kreativiti untuk dikongsikan bersama. KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentan...
-
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wu...
-
Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan para pelajar, terdapat beberapa kaedah telah dikenalpasti. Di antara kaedah-k...
-
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rak...
-
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap ...
-
Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 tel...
-
Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang...
saya pelajar tahun akhir, sedang membuat kajian mengenai tabiat kurang membaca rakyat malaysia. boleh saya tahu dari mana anda dapat statistik?? on internet? boleh bagi secara detail statistik ni??
ReplyDeleteLaporan atau statistik tersebut boleh diperolehi daripada Perpustakaan Negara. Kebiasaanya anda boleh memohon menerusi perpustakaan di tempat pengajian saudara bagi mendapatkan statistik tersebut atau maklumat tabiat membaca yang terkini.
DeleteHarap ianya membantu.
selamat maju jaya!
Terima kasih, Tuan atas perkongsian.
DeleteSebagai seorang peminat buku 'Self Development' atau 'improvement' dan 'leadership' buku ini sangat terhad di Malaysia. Setakat ini hanya di Kinokuniya books store itu pun tak semua buku yang laris di pasaran luar negara ada disitu. Langkah yang lebih luas perlu dilakukan untuk membawa masuk buku yang boleh membimbing rakyat Malaysia untuk lebih maju.
ReplyDelete