Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).
Credit to: https://geniusrevive.com/en/ellis-paul-torrance-father-of-modern-creativity/
Torrance juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.
Tujuh perkara tersebut adalah:
(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
(h) Aktiviti / Bermain
Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.
Monday, November 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Dilawati
-
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya da...
-
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh...
-
Pembentangan Kertas Seminar: PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli ...
-
Fokus: Teori kreativiti untuk dikongsikan bersama. KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentan...
-
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wu...
-
Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan para pelajar, terdapat beberapa kaedah telah dikenalpasti. Di antara kaedah-k...
-
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rak...
-
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap ...
-
Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 tel...
-
Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang...
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini...Sy gembira sedikit sebanyak dpt buat rujukan utk assignment sy..Tq
ReplyDeletetq bro
ReplyDeleteya, sama-sama. Gembira ianya boleh dimanfaatkan.
ReplyDeletetq note.:)
ReplyDeleteyess!! got it!!trma kasih saudara.. :)
ReplyDeleteterima kasih. maklumat dlm blog ini cukup bermanfaat. teruskan perjuangan anda
ReplyDeleteTerima kasih kembali. Gembira ianya dapat dimanfaatkan
ReplyDeleteterima kasih ilmunya
ReplyDeleteTerima kasih kerana membantu saya dalam pencarian maklumat. Kalau
ReplyDeleteada lagimaklumat lain, bolehkiranya berilagi. TQ
TQ sir cos sharing these with us...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini. Mohon utk saya ambil sebagai rujukan. Terima kasih.
thanks bro..sharing is caring :)
ReplyDeleteterima kasih. masuk exam saya ni. semoga dipermudahkan atas ilmu yg dikongsi. amin
ReplyDeletehahahahahahahha...timoh2
Deleteterima kasih atas pengkongsian
ReplyDeletethanks for sharing :) sangat bermanfaat untuk rujukan masa kini dan masa hadapan :)
ReplyDeleteAssalam, saya nak minta bantuan Encik sekiranya dapat memberi pemahaman terhadap tugasan yang hendak sya siapkan. Soalan tugasan tersebut seperti ini...
ReplyDelete1. Bincangkan Teori kreativiti Paul Torrence dan aplikasinya dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran yang effektif?
2. Cadangkan 4 kriteria persekitaran kondusif yang perlu disediakan untuk merangsang pemikkiran kreatif kanak-kanak prasekolah?
Jika soalan seperti ini adakah 7 perkara yang disebut di atas?
sudilah kiranya membantu saya dalam memberi pemahaman terhadap tugasan tersebut. Terima kasih..
Berkenaan dengan teori kreativiti Torrance, anda boleh rujuk kepada pensyarah yang beri tugasan tersebut bagi memudahkan pemahaman kerana terdapat banyak teori kreativiti beliau. Antaranya seperti di atas.
ReplyDeleteBerkenaan dengan persekitaran kreatif, juga berdasarkan Torrance dalam jurnal penulisan beliau, kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tidak diganggu oleh aktiviti lain apabila sedang melakukan aktiviti kreatif. selebihnya tentulah saiz ruang yang dipilih, warna ruang persekitaran, bahasa dsb