Sunday, September 29, 2013


Otak kiri turut ada kaitan dengan pengamatan terhadap simbol dan huruf. Manakala warna ada kaitan dengan tindakbalas otak kanan. Oleh itu, fungsi keduanya boleh berlaku serentak pada satu-satu masa tertentu.(Rujuk Buzan)

 *Bacalah apa saja yang boleh membawa kebaikan untuk diri sendiri & orang lain Insya-Allah - sharul

Wednesday, September 25, 2013

Satu contoh teori kreativiti yang bagus bagi membentuk kerangka konsep penyelidikan( cth carta daripada penulisan PhD penulis). Bincang dengan penyelia anda. Teori kreativiti oleh Alex Osborn ini mempunyai tujuh tahap seperti tertera. Berbeza dengan Teori kreativiti Graham Wallas dan John W Haefele, tahap andaian merupakan tahap penambaikkan yang boleh disama ertikan dengan imaginasi. Jangan pandang rendah kepada imaginasi kerana imaginasi lebih hebat daripada pengetahuan. Rujuk Albert Einstein.

Tuesday, February 26, 2013

Dah bersawang bilik ni rupenya.........
2013 - Agak sibuk dengan pengumpulan data selama 6 bulan ini. Mengumpulkan data juga perlukan tindakan kreativiti khususnya dalam menganalisa data kualitatif dan kuantitatif berbentuk Kaedah Campuran Eksploratori. Kesahan data dan kebolehpercayaan data memerlukan sampel yang konsisten.
Batasan di lapangan tetap ada cuma kehadiran sampel-sampel ketika sesi penghasilan imej dalam pembelajaran seni tidak dapat dikawal. Rakaman video & foto sangat penting sebagai instrumen,
Kehadiran kanak-kanak setiap hari ada turun naik bilangannya dan ini bakal menerbitkan cadangan penyelesaian dalam penulisan penuh nanti untuk penyelidikan kreativiti bagi pengkaji lain di masa hadapan.

Artikel Paling Dilawati