Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan AL Kareem

Buat semua rakan muslimin dan muslimat,
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Kareem yang dirahmati. Semoga ibadat dan amalan-amalan kita diberkati dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sama-samalah kita perbanyakkkan zikir, beristifar dan berdoa serta memohon keampunan. Sesungguhnya Pencipta kita Maha Pemurah lagi Maha Pengampun!

Agak sibuk dengan penulisan dan mengutip serta analis data berdasarkan kaedah campuran - Jumpa di lain masa. InsyaAllah

Salam hormat,
sharul

Tuesday, June 12, 2012

Rubric satu kemestian?

Penggunaan Rubric dalam pendidikan khususnya terhadap suatu penilaian bagi hasil seni visual atau rekacipta bukanlah sesuatu yang baru. Namun ianya semakin digunapakai samada oleh para guru mahupun pelajar sendiri dalam menilai dan mengukur sesuatu tugasan yang akan diperhati/lakukan.


Dalam diam, Rubric telah menjadi semakin popular buat kalangan para pendidik sebagai satu mekanisme atau platfom untuk berkomunikasi terhadap jangkaan bagi suatu tugasan, memberi/mendapat maklum balas serta fokus terhadap kemajuan proses, kerja-kerja atau aktiviti seni para pelajar dan seterusnya memberi ukuran / kelas pada produk akhir. 


Walaupun rata-rata pendidik cenderung untuk mentakrifkan perkatan Rubric dengan pelbagai maksud. Prof Heidi Goodrich Andrade mendefinisikannya sebagai suatu dokumen yang menjelaskan jangkaan bagi suatu penghuraian dengan menyenaraikan kriteria-kriteria, atau menerangkan tahap kualiti daripada tahap yang sangat tinggi kepada tahap kualiti yang paling rendah atau sebaliknya.


Rubric boleh berperanan sepertimana penilaian. Apabila Rubric digunakan sebagai sebahagian daripada formatif dan penilaian terhadap pendidikan yang berpusatkan pelajar maka ianya berpotensi untuk membolehkan para pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran serta membuat pertimbangan yang boleh dipercayai berkenaan dengan kualiti hasil kerja mereka sendiri. Pelajar seharusnya dapat menggunakan Rubric sepertimana para guru menggunakan Rubric dalam usaha meletakkan standard/kelas atau tahap bagi kualiti persembahan dan seterusnya bagi mendapat maklum balas yang berterusan mengenai kemajuan bagi standard yang ingin dicapai.


Jika masih terdapat penilaian hasil atau proses tugasan para pelajar oleh para pendidik yang tidak menggunakan kaedah penilaian-penilaian yang spesifik sepertimana pendekatan Rubric contohnya, maka adalah malang terhadap halatuju dan kualiti pendidikan di negara kita!

Thursday, May 31, 2012


UM ACHIEVED ITS BEST EVER POSITION IN THE QS ASIAN UNIVERSITY RANKINGS 2012

KUALA LUMPUR, 30 MAY 2012 – UNIVERSITY of Malaya (UM) reaffirmed its status as the premier university in Malaysia for the fourth year in a row, when it achieved its best ever position in the QS Asian University Rankings 2012, placing 35th overall and the first among all institutions of higher learning in Malaysia, according to the rankings released yesterday.
UM extended its domination as the top university in Malaysia since 2009 when it moved up four places from 39th last year. Since the first QS Asian University Rankings was introduced four years ago, UM has seen a steady improvement in rankings, debuting at 39th before dropping to 42nd and then reverting to its position of 39th place in 2011.
In this year’s Asian rankings revealed by QS, UM achieved an overall score of 71.4 out of a possible 100 and ranked fourth for inbound and outbound student exchange.
It was also ranked number one in Malaysia for academic reputation, employer reputation and the aforementioned inbound student exchange. In terms of faculty areas, UM was ranked number one in Malaysia for all areas including Arts & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, and Social Sciences & Management with the exception of Natural Sciences which saw UM being ranked in second place.
UM’s research values are further reflected by the number of citations received at 17,520. Overall UM produced a total of 9,161 papers from 2007-2011.
 “We are delighted and honoured by this year’s ranking as we have done our best to improve in all aspects, especially in the areas of inbound and outbound student exchange,” said Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Vice-Chancellor of UM.
 “This ranking is the result of the outstanding work of our management, staff, students and efforts of our stakeholders and the Ministry of Higher Education in supporting our never-ending quest for excellence.
“Furthermore this ranking justifies the emphasis by the university management on increasing the amount of journal papers and citations which saw a total of 9,161 journal papers produced from 2007 until last year.
“In the overall picture, we are looking at the Asian rankings as the springboard to achieving our ultimate aim of being among the top 100 world ranked university by 2015,” he added.
QS Asian University Rankings represents the most extensive study of Asian institutions ever conducted with almost 500 universities assessed and includes among other things responses to academic and employer surveys conducted by QS.


Thursday, May 17, 2012

Apa kata Frank X Barron

Frank X. Barron dalam penulisannya menyatakan bahawa kreativiti merupakan tindakbalas otak tanpa pengaruh sedar manusia yang melalui empat fasa utama iaitu tanggapan yang muncul dalam fikiran(Conception) , masa yang rumit (Gestation), idea yang muncul(Parturation) dan perkembangan awal dijana berterusan. (Bringing up the baby). Model kreativiti Barron ini telah dikenali sebagai Pychcic Creation Model. Barron juga berpandangan bahawa setiap manusia menjadi kreatif apabila berfikir tanpa pengaruh sedar dan setiap sesuatu yang difikirkan akan menerbitkan satu perasaan yang baharu dan berbeza. Beliau turut berpendapat bahawa kreativiti manusia tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan IQ(Intelligence Quotient) yang dimiliki.

 Seterusnya Frank Barron & David M. Harriongton mendefinisikan bahawa kreativiti merupakan penghasilan produk kepada kehidupan sosial masyarakat atau sesuatu yang diakui sebagai bernilai. Kreativiti juga adalah suatu proses yang menghasilkan pencapaian yang dikenalpasti bagi menyelesaikan masalah yang dilihat. Kreativiti biasanya memperlihatkan impak kepada kecantikan dan keanggunan tentang sesuatu produk atau sifat semulajadi. Seterusnya kreativiti dapat dibezakan di antara kreativiti sebagai pencapaian, kreativiti sebagai keupayaan dan kreativiti sebagai pembawaan atau sikap.

 Rujukan: Jurnal


Juga belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik!

Wednesday, April 11, 2012

Siapa Pencetus Pendidikan Kanak-Kanak?


Tidak pasti siapa yang memulakan pendidikan kanak-kanak mengikut perspektif ilmuan dan falsafah. Secara umumnya, George S. Morrison(1995) menjelaskan bahawa tokoh yang mencetuskan idea kepada kepentingan pendidikan bagi golongan kanak-kanak ialah Jean Jacques Rousseau (1712-1778) iaitu menerusi penulisan bukunya yang berjudul L’Emile ou c’education.
Namun demikian, Carol Seefeldt dan Nita Barbour (1998) pula berpendapat adalah sukar untuk mengenalpasti tokoh sebenar yang membawa kepada idea penghasilan pendidikan terhadap kanak-kanak. Adalah dipercayai bahawa dua ahli falsafah terkenal iaitu Plato dan Aristotle merupakan tokoh penting yang menjadi pencetus dan pendokong kepada usaha-usaha pendidikan bagi golongan kanak-kanak dibawah usia enam tahun.

Dalam pada itu, pendidikan yang berasaskan seni dan perkembangan kognitif kanak-kanak dikatakan dipelopori oleh Friedrich Froebel pada tahun 1826. Beliau juga dikenali sebagai Father of Kindergarten’. Berdasarkan penulisan artikel oleh Jill Englebright Fox, Frobel berpendapat bahawa elemen aplikasi di dalam aktiviti seni mampu memberi pengalaman dan keyakinan diri kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang kanak-kanak lalui ketika dan selepas sesi pembelajaran seni sekali gus menghargai setiap pengetahuan yang berkaitan dengan budaya dan persekitaran mereka.

Al-Fatihah buat guruku Allahyarham Dr Roskang Jailani yang telah kembali ke Rahmatullah tgh malam Jumaat/Sabtu lepas(6h April 2012) akibat serangan jantung. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin..

Thursday, March 1, 2012

Torrance Tests of Creative Thinking(TTCT): Objektifnya

Model pengujian Torrance dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking(TTCT) diperkenalkan pada tahun 1966 dan mengalami penambahbaikkan sebanyak beberapa kali selepas itu. Menurut Torrance, model TTCT adalah bertujuan untuk:

i) Memahami kemampuan fikiran manusia dan sejauhmana ia berfungsi dan boleh berkembang.
ii) Mengenalpasti pusat minda yang efektif terhadap ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri.
iii) Menyediakan petunjuk kepada program-program pemulihan dan phsyco terapi.
iv) Menilai kesannya terhadap program pendidikan, kebendaan, kurikulum dan program pengajaran.
v) Mengesan bakat dan potensi yang terpendam.

Model TTCT ini menyediakan dua bentuk pengujian ke atas kreativiti manusia iaitu menerusi pengujian berdasarkan visual/gambar(figural) dan pengujian berdasarkan perkataan(words). Pengujian menerusi visual dikategorikan kepada semua peringkat umur iaitu bermula dari usia lima tahun hingga ke peringkat umur dewasa. Seterusnya bagi pengujian menerusi perkataan pula, ianya dikategorikan kepada peringkat usia tujuh tahun hingga ke peringkat umur dewasa.

Di akhir pengujian, Torrance berpendapat bahawa TTCT berupaya membantu:
i) Para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa dengan pantas dapat mengenalpasti terhadap keupayaan dan skil kreatif yang terpenting untuk dikembangkan.
ii) Membolehkan para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa menyedari kekuatan pelajar terhadap pembelajaran kreatif dan penyelesaian masalah.
iii) Membolehkan para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa mengenalpasti jurang atau batas yang menghalang keupayaan dan skil kreatif para pelajar.
iv) Menyediakan bentuk asas bagi perancangan aktiviti pembelajaran dan arahan.
v) Menyediakan satu prosedur asas secara umum bagi mencapai objektif pendidikan

Torrance tidak meletakkan pendekatannya ini sebagai satu titik noktah dalam mengukur tingkat kreativiiti. Mengabungkan pengujian lain samada Intelligence Quotien(IQ) dan model kreativiti lain seperti Model Kreativiti Alex Osborn, Haefele dan pelbagai lagi teori dan disertasi dapat menguatkan lagi keseimbangan kajian terhadap kreativiti manusia termasuklah kreativiti dikalangan kanak-kanak.


Rujukan:
Arnheim, R. (2004). Visual Thinking. California: University of California Press
Lowenfeld & Britain (1987). Creative and Mental Growth 8th Edition. New Jersey: Prentice-Hall Inc
Montessori, M. (1996). Dicovering of The Child. New York: Shocken Book
Torrance, EP (1988) "The Nature Of Creativity As Manifest In Its Testing," in
Sternberg, RJ (ed) The Nature of Creativity. Cambridge, England: Cambridge Univ. Press

Saturday, January 7, 2012

Media pengaruhi budaya atau budaya pengaruhi media?

Menerusi tulisan Dr.Joseph Straubhaar pada tahun 1990 dalam bukunya yang berjudul ‘Media Now: Understanding Media, Culture and Technology’ telah membincangkan secara mendalam berkenaan dengan kronologi sejarah sosial manusia dan kemunculan media baru di era ini serta kesannya ke atas hasil-hasil karya seni.
Berdasarkan tulisan Straubhaar mengenai tiga tingkat perkembangan ekonomi manusia, beliau memperihalkan tentang sejarah awal sosial manusia pada tahun 4000 Sebelum Masehi yang hidup dalam kelompok-kelompok kecil dengan melakukan aktiviti memburu binatang untuk dijadikan makanan dan bercucuk tanam sebagai asas sejarah ketamadunan manusia. Syarman(bomoh) merupakan individu yang dihormati dan dianggap sebagai pembawa berita dalam kalangan masyarakat prasejarah atau pra pertanian pada ketika itu. Ini menjelaskan bahawa manusia pada zaman tersebut sudah mula menyanjung apa juga bentuk maklumat dan komunikasi. Seterusnya apabila berubah kepada era pertanian, manusia mula beralih kepada aktiviti perlombongan, perikanan dan pembalakan. Pada era ini juga telah munculnya keinginan manusia untuk berhubung menerusi penulisan dengan terciptanya abjad oleh bangsa Grecoo-Roman. Begitu juga dengan aktiviti menyalin buku-buku agama dalam kalangan pendeta atau rahib Kristian dan ciptaan alat pencetakan oleh bangsa Cina menerusi penghasilan kayu lengkung, dakwat dan kertas. Ini jelas menunjukkan minat dan keinginan tinggi manusia untuk berkomunikasi sesama mereka bagi menyebarkan maklumat dan ini secara tidak langsung telah membawa kepada munculnya ciptaan-ciptaan produk berteknologi baru secara meluas dalam kehidupan manusia.
Munculnya era perindustrian adalah dengan terciptanya enjin stim yang pertama untuk bot pada tahun 1912 oleh Thomas Newcomen. Walau bagaimanapun ciptaan mesin cetak pertama oleh seorang berbangsa Jerman iaitu Johannes Gutenberg pada tahun 1455 merupakan penggerak dan pencetus kepada gerakan menyeluruh dalam aspek ekonomi, sosial budaya dan agama di era perindustrian. Industri dan perkilangan tumbuh dengan pantas. Produk-produk perkilangan dikeluarkan selaras dengan permintaan dan pertumbuhan populasi manusia di dunia dan secara tidak langsung membawa kepada munculnya bidang komunikasi dan kepentingannya kepada perkembangan ekonomi sesebuah masyarakat.
Menurut Straubhaar, era komunikasi hari ini dilihat begitu besar impaknya ke atas dasar ekonomi di dalam sesebuah masyarakat. Tenaga buruh yang besar sejak era pertanian dahulu mula dikecilkan dengan munculnya teknologi komputer yang membantu mencipta, menyimpan dan memproses maklumat dengan lebih berkesan. Begitu juga ciptaan seperti telefon bimbit dengan bateri(1962), World Wide Web(1991), perakam, muzik, filem, video permainan hiburan, iPhone, Compact Disk dan banyak lagi telah mengubah corak komunikasi di seluruh dunia. Begitu juga saluran penyiaran seperti televisyen satelit dan televisyen High Definition(HD).
Walaupun demikian, kini timbul persoalan sama ada media yang menentukan hala tuju budaya ataupun budaya manusia sebenarnya yang menentukan hala tuju media. Yang mana satu?( mungkin anda ada pilihan tersendiri di antara kedua itu)

Penulis berpendapat, komunikasi di era kini bukan lagi merupakan maklumat yang hanya dibaca atau dilihat oleh manusia tanpa manusia boleh melakukan apa-apa tetapi manusia sebagai penerima maklumat juga ingin dan mampu memberi tindak balas terhadap media yang digunakan. Contohnya laman sosial seperti blog, Facebook dan perkongsian video di Youtube. Kemunculan multimedia dan komunikasi dua hala menerusi Yahoo Messenger dan Skype memperlihatkan kuasa pengguna ke atas media. Oleh yang demikian, kuasa pengguna sebenarnya yang menentukan hala tuju media berbanding media yang merubah budaya manusia.

Wednesday, January 4, 2012

Demonstrasi di UPSI dan AUKU


Tahun 2012 bermula tenang cuma sedikit gelora di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terdapat segelintir pelajar mengesa kerajaan menghapuskan akta AUKU di jalanan.

Menurut sumber rasmi, secara umumnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Secara rumusnya, sebilangan pelajar melihat akta ini lebih kepada mengongkong pemikiran mahasiswa. Mungkin juga terdapat tanggapan lain yang menyokongnya. Biarpun sebilangan masyarakat melabelkan mahasiswa hanya perlu belajar dan tidak harus mendekatkan diri dengan sentimen atau politik tertentu, kita tidak harus lupa, dari gedung ilmu juga berupaya memupuk kepimpinan anak muda untuk berbakti kepada negara di hari muka. Akhirnya suara demonstrasi segelintir pelajar UPSI yang dikatakan diketuai oleh saudara Adam Adli dan disertai oleh puluhan mahasiwa dari beberapa Universiti lain berakhir dengan insiden disuraikan oleh pihak berkuasa. Beberapa tangkapan dilakukan oleh pihak berwajib dan kejadian cermin kilinik yang pecah menjadi topik perbualan selepas itu.

Pendeknya, dua pihak yang berbeza pendapat dalam kalangan masyarakat makin menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut baik secara positif mahupun negatif.

Ikhlasnya, oleh kerana ianya berlaku di UPSI, masyarakat melihat ianya dicetuskan oleh sebilangan mahasiswa di sana. Mungkin ini perlu dibetulkan oleh media yang melaporkan. Hukuman dikenakan ke atas mahasiswa yang terbabit mungkin satu opsyen manakala perbincangan juga merupakan satu pilihan lain yang masih boleh dijelmakan selagi tiada tangan-tangan ghaib yang ingin menjadikan isu ini menurut selera politik masing-masing yang semakin panas di saat hampirnya PRU13.

Kepada bakal pendidik, gunalah saluran yang lebih bersesuaian dengan nilai-nilai budaya bangsa kita dalam melahirkan pandangan tentang AUKU. Tidak salah jika sedikit merendah diri. Ianya tampak lebih berhemah dan sesungguhnya ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Artikel Paling Dilawati