Thursday, May 17, 2012

Apa kata Frank X Barron

Frank X. Barron dalam penulisannya menyatakan bahawa kreativiti merupakan tindakbalas otak tanpa pengaruh sedar manusia yang melalui empat fasa utama iaitu tanggapan yang muncul dalam fikiran(Conception) , masa yang rumit (Gestation), idea yang muncul(Parturation) dan perkembangan awal dijana berterusan. (Bringing up the baby). Model kreativiti Barron ini telah dikenali sebagai Pychcic Creation Model. Barron juga berpandangan bahawa setiap manusia menjadi kreatif apabila berfikir tanpa pengaruh sedar dan setiap sesuatu yang difikirkan akan menerbitkan satu perasaan yang baharu dan berbeza. Beliau turut berpendapat bahawa kreativiti manusia tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan IQ(Intelligence Quotient) yang dimiliki.

 Seterusnya Frank Barron & David M. Harriongton mendefinisikan bahawa kreativiti merupakan penghasilan produk kepada kehidupan sosial masyarakat atau sesuatu yang diakui sebagai bernilai. Kreativiti juga adalah suatu proses yang menghasilkan pencapaian yang dikenalpasti bagi menyelesaikan masalah yang dilihat. Kreativiti biasanya memperlihatkan impak kepada kecantikan dan keanggunan tentang sesuatu produk atau sifat semulajadi. Seterusnya kreativiti dapat dibezakan di antara kreativiti sebagai pencapaian, kreativiti sebagai keupayaan dan kreativiti sebagai pembawaan atau sikap.

 Rujukan: Jurnal


Juga belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik!

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Dilawati