Howard Gardner(1988) di dalam bukunya yang berjudul ‘Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences’ menjelaskan bahawa manusia mempunyai bakat semulajadi tersendiri yang hebat. Beliau berpendapat terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang dimiliki oleh manusia. Kecerdasan-kecerdasan itu adalah:
(a) Kemahiran Linguistik
Kemahiran Linguistik adalah merujuk kepada kemahiran individu dalam bidang bahasa. Individu yang mahir dalam bidang linguistik ini akan dapat mengeksploitasikan bahasa secara kreatif dan berkesan. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai satu instrumen untuk berhibur, berkomunikasi, permainan dan sebagainya. Apabila tahap kemampuan kreatif mereka mencecah tahap yang tinggi maka individu itu boleh menjadi seorang sasterawan, penulis, pengkritik, pereka, penyajak, penghibur dan pensyarah yang berjaya.
(b) Kemahiran Kinestatik
Kemahiran Kinestatik adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan bahagian-bahagian anggota fizikal badan. Mereka yang mempunyai kemahiran ini boleh menjadi seorang ahli gimnastik, ahli sukan dan sebagainya. Contohnya, Pele yang mempunyai kemahiran menendang dan menggelecek dalam permainan bola sepak, Mary Lou Rottan pula berkemahiran membuat pergerakkan badan melalui sukan gimrama manakala Jackie Chan mahir dalam seni mempertahankan diri. Kemahiran Kinestatik boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja dan sekiranya kemahiran itu berjaya dipelajari oleh mereka tadi adalah tidak mustahil anda juga akan menjadi seperti mereka.
(c) Kemahiran Muzik
Kemahiran Muzik adalah kemahiran dalam penguasaan irama, rentak dan alunan bunyi-bunyian serta peralatan muzik. Individu yang mempunyai kemahiran ini berupaya untuk mengubah dan mencipta lagu dalam pelbagai tema dan rentak. Gabungan di antara dua kemahiran inilah yang akan menjadikan seseorang individu itu boleh diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang ini.
(d) Kemahiran Visual / Spatial
Kemahiran Spatial adalah kemahiran yang berkaitan dengan menguasai ruang dalaman pemikiran individu. Kemahiran ini lazimnya melibatkan dengan bidang seni dan sains. Sekiranya seseorang individu menggunakan kemahiran ini dalam bidang seni, ia dapat mendorong mereka ke arah menjadi seorang pelukis, pereka dan pengarca yang hebat. Jika seseorang individu itu mempunyai kemahiran dalam bidang sains pula, mereka menjadi seorang yang sangat berkemahiran dalam bidang berkenaan seperti saintis. Individu yang terlibat dengan kemahiran ini biasanya akan mempunyai sikap yang berani dan sanggup menghadapi sebarang risiko.
(e) Kemahiran Interpersonal
Kemahiran Interpersonal adalah kemahiran yang melibatkan kemahiran personal individu dalam proses berinteraksi dengan individu lain. Mereka secara lazimnya mempunyai kemahiran berunding, berkomunikasi dan dapat menyakinkan individu lain. Kemahiran ini akan melibatkan dua pihak iaitu individu dan masyarakat. Individu yang mempunyai kemahiran ini sangat berkarisma, popular dan dihormati kerana kemahiran interpersonal yang dimilikinya cukup tinggi.
(f) Kemahiran Logik-Matematik
Kemahiran Logik-Matematik adalah kemahiran yang melibatkan membuat tafsiran berdasarkan logik pemikiran. Individu yang terlibat dengan kemahiran ini biasanya akan menggunakan kemahiran berfikir dengan Otak Kiri (Left Brain). Lazimnya, mereka mempunyai kemahiran ini kaya dengan teori-teori, prinsip-prinsip dan hukum-hukum saintifik kerana mereka mempunyai daya pemikiran kritikal yang sangat tinggi.
(g) Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran Intrapersonal adalah kemahiran berkaitan dengan mengawal dan menguruskan perasaan. Kemahiran mengawal dan menguruskan perasaan ini melibatkan sikap, emosi, sabar, boleh menghadapi tekanan dan tidak mudah terburu-buru. Sebelum mengambil dan membuat sebarang tindakan, individu berkenaan akan berfikir terlebih dahulu dan sentiasa beringat untuk menjaga diri sendiri dalam apa jua keadaan sekali pun. Kemahiran ini selalunya dikaitkan dengan kebijaksanaan emosi (EQ). Di samping itu juga individu yang memiliki kemahiran ini mempunyai konsep diri sendiri yang positif dan mempunyai sikap enstim diri yang tinggi. Biasanya mereka selalu akan disenangi oleh semua orang, kerana sikapnya yang mudah bergaul dan tidak mudah merasa tinggi diri.
Berdasarkan pada teori-teori yang disarankan oleh Gardner, setiap kemahiran kreatif dimulakan oleh manusia sendiri. Ini jelas membuktikan kepada kita cara berfikir secara kreatif pada dasarnya tidak memerlukan tahap kecerdasan yang tinggi. Daripada tujuh kecerdasan dan kepintaran yang dinyatakan oleh Gardner empat daripadanya adalah berdasarkan kepada kreativiti. Cuma terdapat satu sahaja teori kecerdasan ini yang melibatkan kemahiran kritis dan logik. Malahan kadang kala terdapat juga individu yang tidak mempunyai tahap kecerdasan otak yang tinggi namun itu bukan faktor yang utama bagi membolehkan seseorang menjadi individu yang kreatif.
Rumusnya:
* Kepelbagaian kecerdasan oleh Gardner ini secara tidak langsung telah menolak tanggapan bahawa kebijksanaan matematik dan sains mengatasi segala kebijaksanaan yang ada di muka bumi ini.Penemuan Gardner ni juga merupakan satu titik tolak kepada penerbitan buku beliau yang seterusnya berjudul Multiple Intelligence(1993).
-sharul-
Sekalung terima kasih kepada:
En Jaffrey Hanafi-UM dan Saiful Akram Che Cob-UiTM )
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Dilawati
-
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya da...
-
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh...
-
Pembentangan Kertas Seminar: PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli ...
-
Fokus: Teori kreativiti untuk dikongsikan bersama. KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentan...
-
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wu...
-
Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan para pelajar, terdapat beberapa kaedah telah dikenalpasti. Di antara kaedah-k...
-
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rak...
-
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap ...
-
Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 tel...
-
Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang...
No comments:
Post a Comment