Tuesday, July 21, 2009

Problem-Based Learning

ADAPTASI DARI ARTIKEL/JURNAL

1) Sumber Bahan : (http://www.studygs.net)
Tajuk : Problem Based-Learning
Pengarang : Tiada
Tahun : June 1999
Penerbit : FOCUS

Latarbelakang Kajian:

Melihat bagaimana Problem-Based Learning ( pembelajaran berasaskan masalah) berperanan merentasi kurikulum . Kupasan adalah bagi melihat bagaimana metod ini mengubah persepsi tradional dari ”Teacher centered” kepada ”student centered”


Apakah itu PBL
Student Centered – pelajar lebih berperanan dalam menyelesaikan permasalahan yang ditimbul oleh fasilator atau guru atau pensyarah

Kaedah menarik yang menggantikan pembelajaran tradisional dalam kelas. Prosesnya berlainan dengan proses yang biasa digunapakai dalam pendidikan sebelum ini.


Apakah ia kaedah baru?

Tidak. Dari zaman Plato dan Socrates lagi mereka telah mengarahkan pelajar mereka berfikir, mengumpul maklumat, mencari idea-idea baru dan berhujah dalam bahasa ilmiah.

Dari mana asalnya:

Sejarah moden PBL bermula pada tahun 70-an. Diperkenalkan pada mulanya sebagai kaedah mempergiatkan pendidikan kedoktoran di McMaster University, Kanada. Menurut (Neufeld & Barrow, 1974) ia diperkenalkan apabila pelajar perubatan gagal mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam situasti kritikal apabila pengetahuan mereka diperlukan.

Bagaimana ia boleh dilakukan?

Dengan PBL, pensyarah atau guru akan bertindak menyatakan permasalahan dan bukan lagi memberi tugasan atau kertas kerja. Pelajar dilihat akan bertindak secara aktif melalui gerak dalam berkumpulan/studio seperti mengumpul , menganalisa dan menyusun maklumat sehingga berjaya mengupas dan menyelesaikan permasalahan yang diberi. Ia dipertahankan dengan hujah secara ilmiah.


Tahap-tahap :

PBL memperlengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang-peluang:


1- menyelidiki dan memahami apa yang akan diselidiki
2- mencari dan meneroka maklumat yang hendak dipelajari
3- mengilap bakat dan kemampuan pelajar di dalam kumpulan
4- meningkatkan lagi skil komunikasi semasa membuat persembahan maklumat
5- yakin dan mempertahankan hujah dengan disokong oleh bukti atau perbahasan
6- lebih terbuka dan bertanggungjawab apabila menyampaikan hujah dan maklumat.


Dari 6 perkara tadi, gerak kerja menyelesaikan masalah tadi boleh berulang-ulang dan berpatah kembali kepada langkah kedua hingga kelima jika perlu berbuat demikian.

Perincian Problem-Based Learning
Langkah-langkah:

1- Mendalami permasalahan yang muncul
Setelah guru menyatakan permasalahan maka ia perlu diperbincangkan serta disenaraikan apa sahaja yang bersangkutan.

Akan timbul perasaan tidak mengetahui semuanya tapi itulah cabarannya.
Di sinilah bermula pelajar mencari maklumat dan menemui serta belajar konsep baru, prinsip atau menggunakan skil yang mereka pelajari selama ini.

2- Senaraikan maklumat yang dikumpul
Gabungan maklumat secara kumpulan dibentang samada maklumat yang baik atau pelik sekalipun. Ia boleh menjadi kata kunci penyelesaian.

3- Cipta dan menulis penyatan masalah mengikut pemahaman sendiri
Penyataan masalah samada dari analisa anda sendiri , pelajar lain atau pandangan kumpulan.
Jadi apa yang perlu dilakukan adalah:
-Menulis pandangan
-Mendapat persetujuan dari semua ahli kumpulan
-Pandangan dari fasilator
( maklumat asal boleh berubah jika ditemui maklumat baru atau maklumat lama dibuang terus)

4- Senaraikan maklumat yang dapat menyelesaikan masalah itu.
Senaraikan dari yang terbaik hingga yang paling lemah.. Plih yang terbaik.


5- Senaraikan tindakan yang akan diambil
Contohnya apa yang perlu diketahui dan lakukan bagi menyelesaikan isu atau masalah itu. Juga persoalan apakah kita pasti dan apakah maklumat yang dipilih itu akan dapat menjawab masalah. Apakah semua ahli kumpulan bersetuju?

6. Senaraikan apa sebenarnya yang perlu diketahui
Mula mengkaji sumber-sumber pengetahuan dan data yang boleh menyokong penyelesaian yang ditemui.
Bincang sumber yang boleh membantu. ( buku, jurnal, website dan sebagainya)
Bahagi dan jadualkan gerakerja tugasan terutama tarikh tugasan dihantar.
(Jika kajian dari sumber berjaya dan menyokong bagi penyelesaian serta mendapat persetujuan kumpulan, teruskan kepada langkah tujuh. Jika tidak, patah balik ke langkah 4)

7- Tulis penyelesaian yang di dapati dengan menyatakan sumber yang menyokong dan serahkan tugasan.
Buat persembahan hasil tugsan yang berjaya disempurnakan. Ini termasuklah pernyataan masalah, analis data serta sokongan-sokongan dari sumber ilmu yang sah.

8- Persembahan dan mempertahankan hasil penemuan anda dan kumpulan
Satu kejayaan apabila dapat mempersembahkan hasil penyelesaian.
Persediaan lain:
Nyatakan pernyatan masalah dan kesimpulan yang didapti
Perincikan gerak atau proses penyelidikan yang dilakukan, pilihan yang dibuat dan masa yang paling rumit ketika melakukan kajian.
Membahaskan dengan yakin dan bukan menunjuk berkuasa
Membantu oranglain turut berkongsi apa yang anda bentangkan tanpa merahsiakan bahagian-bahagian yang penting.
Jika disoal maka jawab dengan terang dan jika tidak tahu jawapannya maka janjikan usaha yang lebih baik di tugasan yang akan datang.

Seterusnya berkongsi penemuan yang didapati dengan guru dan rakan lain. Ini menambah keyakinan diri terhadap kajian yang mana anda atau kumpulan telah menyelsaikannya. Jika anda tidak dapat respon, anggaplah itu satu cabaran dan terima sebagai satu peluang yang patut direbut. Tunjukkan kebanggaan atas hasil usaha anda.

9- Raikan kejayan
Dapat melegakan perasan pelajar bersama kumpulan atau rakan taulan yang mengucapkan tahniah atau merakam artifak produk dan tugasan yang telah diselesaikan.

Lampiran menunjukkan gerak kerja PBL pelajar dalam menyiapkan satu tugasan `LARGE & LARGER' dalam subjek Advertising Campaign oleh pelajar semester 06 Diploma Grafik Berkomputer Kolej Universiti Cosmopoint - Kuantan
















No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Dilawati