Thursday, July 16, 2009

Apa Itu Kreativiti ATAU ....Mihalyi menyatakan:

Di manakah kreativiti?

Yang mana yang lebih menarik untuk dieksplorasi?
Apa itu kreativiti atau Di mana Kreativiti?

Sudah lazim kita mendengar pandangan subjektif berkenaan dengan soalan, apakah itu kreativiti? Manusia selagi normal akalnya, semuanya adalah kreatif cuma tingkat kreativiti mereka berbeda disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran, pendidikan dan kepercayaan. Lihat Mihalyi (1996).

Bagi Mihalyi, semua manusia itu istimewa. Jadi dimanakah keistimewaan-keistimewaan itu?

Kreativiti dikatakan berasal dari perkataan Latin purba iaitu ' creare' yang merujuk kepada pengertian 'membuat ataupun membina'Slide 4

Bagi Mihalyi, Flow atau aliran penjelmaan tenaga kreatif muncul apabila sesuatu perkara itu dilakukan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan walaupun menyedari bakal berdepan dengan risiko atau kepayahan. Tidakkah ia menjelaskan bagaimana pemain catur atau pemancing merasakan hobi-hobi mereka itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa menyedari peredaran waktu dan kejadian di sekeliling mereka. Keseronokkan antara penyebab manusia menjadi kreatif?

Csikszentmihalyi Mihalyi, profesor psikologi dari Claremont Graduate University menjelaskan kreativiti sebenar adalah dalam apa jua situasi menuntut satu set kemahiran yang sama, tidak mengira apa jua profesion seseorang itu.
Csikszentmihalyi (1996) dalam bukunya Creativity: Flow and the psychology of discovery and invention menegaskan kreativiti di dalam diri manusia akan muncul selagi manusia mahu berfikir dan bertindak secara spontan bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan kata lain, manusia akan menjadi kreatif apabila keadaan mendesak mereka agar berfikir dan gembira melakukan sesuatu bagi memenuhi keperluan yang menuntut refleksi otak secara spontan.
Slide 15



Dari penulisan beliau, SEMBILAN dapatan yang ditekankan oleh Mihalyi dalam gargon flownya iaitu:

1- Mempunyai arah tuju yang jelas pada apa yang ingin dilakukan
2- Mendapat maklum balas yang pantas
3- Keseimbangan di antara cabaran dan kemahiran
4- Aksi yang dilakuan dan kesedaran saling berhubungan
5- Apa juga gangguan ditolak dalam 'kesedaran'
6- Tiada kebimbangan menerima kegagalan
7- Menghindari dari alam sedar
8- Tiap detik waktu menjadi begitu singkat
9- Gabungan autotelix dan extotelix ( akan dikupaskan lebih mendalam )

Dapatan dari kajian Mihalyi ini mendapat respon yang begitu positif dari penulis buku Multiple Intelligence, Howard Gardner seperti mana komen Gardner dikulit belakang buku Mihalyi(Creativity: Flow and the psychology of discovery and invention.

Rumusan dari dapatan Mihalyi ini, terbit rasa ingin tahu penulis bagaimana pula aliran kreativiti dari aspek sumber KEWANGAN.
Apakah kreativti tidak memerlukan dana kewangan bagi mendokong apa yang dilakukan?
Mampukah kreativiti dibentuk tanpa kewangan?

( Bersambung )

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Dilawati