Tuesday, June 12, 2012

Rubric satu kemestian?

Penggunaan Rubric dalam pendidikan khususnya terhadap suatu penilaian bagi hasil seni visual atau rekacipta bukanlah sesuatu yang baru. Namun ianya semakin digunapakai samada oleh para guru mahupun pelajar sendiri dalam menilai dan mengukur sesuatu tugasan yang akan diperhati/lakukan.


Dalam diam, Rubric telah menjadi semakin popular buat kalangan para pendidik sebagai satu mekanisme atau platfom untuk berkomunikasi terhadap jangkaan bagi suatu tugasan, memberi/mendapat maklum balas serta fokus terhadap kemajuan proses, kerja-kerja atau aktiviti seni para pelajar dan seterusnya memberi ukuran / kelas pada produk akhir. 


Walaupun rata-rata pendidik cenderung untuk mentakrifkan perkatan Rubric dengan pelbagai maksud. Prof Heidi Goodrich Andrade mendefinisikannya sebagai suatu dokumen yang menjelaskan jangkaan bagi suatu penghuraian dengan menyenaraikan kriteria-kriteria, atau menerangkan tahap kualiti daripada tahap yang sangat tinggi kepada tahap kualiti yang paling rendah atau sebaliknya.


Rubric boleh berperanan sepertimana penilaian. Apabila Rubric digunakan sebagai sebahagian daripada formatif dan penilaian terhadap pendidikan yang berpusatkan pelajar maka ianya berpotensi untuk membolehkan para pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran serta membuat pertimbangan yang boleh dipercayai berkenaan dengan kualiti hasil kerja mereka sendiri. Pelajar seharusnya dapat menggunakan Rubric sepertimana para guru menggunakan Rubric dalam usaha meletakkan standard/kelas atau tahap bagi kualiti persembahan dan seterusnya bagi mendapat maklum balas yang berterusan mengenai kemajuan bagi standard yang ingin dicapai.


Jika masih terdapat penilaian hasil atau proses tugasan para pelajar oleh para pendidik yang tidak menggunakan kaedah penilaian-penilaian yang spesifik sepertimana pendekatan Rubric contohnya, maka adalah malang terhadap halatuju dan kualiti pendidikan di negara kita!

Artikel Paling Dilawati