Wednesday, July 1, 2015

Jurnal saya yang seterusnya

Selepas penulisan jurnal ISI berkisarkan DBAE dengan sahabat dari Iran: 

Mina Hedayat , Mostafa Goodarzi , Sabzali Musa Kahn , and Sharulnizam bin Ramli. Art instructor s attitude towards the art curriculum for undergraduate degree in Tehran Universities. May, 2013 Vol. 8(10), pp. 580- 588,May, 2013 DOI: 10.5897/ERR2013.1119 ISSN 1996-0816, 2013 Academic Journals.


dan jurnal berjudul Guru menjana atau menyekat kreativiti menerusi modul bertema,  tulisan jurnal saya seterusnya yang diterbit oleh Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada tahun ini adalah mengupas berkenaan dengan cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan kemunculan ICT di Malaysia. Ia adalah kelangsungan pembentangan seminar saya 5 tahun dahulu di UPSI.

Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar, Sabzali Musa Kahn,2015. Cabaran Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan ICT di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu (Jilid 26,2015), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Penulisan saya seterusnya yang sedang disemak oleh fakulti pendidikan di UM adalah berjudul Pengaruh Kreativiti dalam penghasilan visual propaganda pada era penaklukan Jepun (1942-45). Insyaalah akan diterbitkan. 


Penulisan ini adalah gabungan Phd saya berkenaan dengan kreativiti visual bersama dengan sahabat yang juga sedang pada fasa terakhir Phd beliau di UPSI berkenaan dengan visual propaganda pada era pemerintahan Nippon di Malaya.


Sharulnizam Ramli, Saiful Akram Che Cob, Sabzali Musa Kahn,2015. Pengaruh Kreativiti Dalam Penghasilan Visual Propaganda Menerusi Bahasa Melayu Pada Era Penaklukan Jepun Di Malaya (1942 - 45), Jurnal Isu Dalam Pendidikan (Volume 39, 2015), Fakluti Pendidikan, Universiti Malaya.(Submitted) (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)


Waktu ini, saya juga sedang usahakan sebuah lagi jurnal berkenaan dengan kreativiti berdasarkan motif batik lukis di negeri Pahang.


Terima kasih kepada kedua-dua penyelia saya Dr Sabzali Musa Kahn & Dr Ruzaika Omar Basaree yang banyak beri galakan dan perhatian sepanjang pengajian Phd di UM.

Sunday, March 8, 2015

Lawatan Akademik Pelajar Semester 04 Diploma Senireka Grafik & Media Digital UiTM Seri Iskandar

Bagi menjana kreativiti tidak harus terbelenggu di dalam studio sendiri dan kampus semata-mata. Atas faktor itu, 25-26hb Februari & 4-5 Mac 2015 iaitu sebanyak dua sesi lawatan akademik membolehkan saya bawa 81 orang pelajar Uitm Seri Iskandar semester 04 melawat beberapa agensi animasi, periklanan & penerbitan di Petaling Jaya dan Shah Alam. Antara agensi tersebut adalah Anithink Studios aka Ibupejabat Persatuan Animasi Malaysia, Naga DDB, Cd Communication & Karangkraf Sdn Bhd. Program
berlangsung 2 hari satu malam yang memerlukan pelajar bermalam di Hotel Prescott, Klang.
Alhamdulillah lawatan akademik ini disambut baik lagi mesra oleh pihak agensi dan semoga memberi manfaat kepada para pelajar jurusan grafik bagi subjek advertising & art direction. Terima kasih kepada semua agensi yang sudi berkongsi kepada para pelajar berkaitan dengan dunia animasi, periklanan dan penerbitan serta pencetakan.
(FOTO ATAS): Lawatan pertama 26hb Februari 2015 di ibupejabat Karangkraf saya dan pensyarah kanan En. Khairul Azahari & 45 pelajar bersama pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacob(berbaju kemeja putih duduk di bahagian tengah) pukul 12 tengahari hari Khamis, 26hb Februari 2015.
(FOTO BAWAH): Lawatan kedua pada 5hb Mac 2015: Saya, En Khairul Azahari dan 34 orang pelajar bersama En Hashim Manan di ruang legar ibupejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Artikel Paling Dilawati