Wednesday, April 11, 2012
Siapa Pencetus Pendidikan Kanak-Kanak?
Tidak pasti siapa yang memulakan pendidikan kanak-kanak mengikut perspektif ilmuan dan falsafah. Secara umumnya, George S. Morrison(1995) menjelaskan bahawa tokoh yang mencetuskan idea kepada kepentingan pendidikan bagi golongan kanak-kanak ialah Jean Jacques Rousseau (1712-1778) iaitu menerusi penulisan bukunya yang berjudul L’Emile ou c’education.
Namun demikian, Carol Seefeldt dan Nita Barbour (1998) pula berpendapat adalah sukar untuk mengenalpasti tokoh sebenar yang membawa kepada idea penghasilan pendidikan terhadap kanak-kanak. Adalah dipercayai bahawa dua ahli falsafah terkenal iaitu Plato dan Aristotle merupakan tokoh penting yang menjadi pencetus dan pendokong kepada usaha-usaha pendidikan bagi golongan kanak-kanak dibawah usia enam tahun.
Dalam pada itu, pendidikan yang berasaskan seni dan perkembangan kognitif kanak-kanak dikatakan dipelopori oleh Friedrich Froebel pada tahun 1826. Beliau juga dikenali sebagai ‘Father of Kindergarten’. Berdasarkan penulisan artikel oleh Jill Englebright Fox, Frobel berpendapat bahawa elemen aplikasi di dalam aktiviti seni mampu memberi pengalaman dan keyakinan diri kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang kanak-kanak lalui ketika dan selepas sesi pembelajaran seni sekali gus menghargai setiap pengetahuan yang berkaitan dengan budaya dan persekitaran mereka.
Al-Fatihah buat guruku Allahyarham Dr Roskang Jailani yang telah kembali ke Rahmatullah tgh malam Jumaat/Sabtu lepas(6h April 2012) akibat serangan jantung. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Paling Dilawati
-
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya da...
-
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh...
-
Pembentangan Kertas Seminar: PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli ...
-
Fokus: Teori kreativiti untuk dikongsikan bersama. KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentan...
-
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wu...
-
Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan para pelajar, terdapat beberapa kaedah telah dikenalpasti. Di antara kaedah-k...
-
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rak...
-
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap ...
-
Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 tel...
-
Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang...