Monday, January 4, 2016
Wednesday, July 1, 2015
Jurnal saya yang seterusnya
Selepas penulisan jurnal ISI berkisarkan DBAE dengan sahabat dari Iran:
dan jurnal berjudul Guru menjana atau menyekat kreativiti menerusi modul bertema, tulisan jurnal saya seterusnya yang diterbit oleh Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada tahun ini adalah mengupas berkenaan dengan cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan kemunculan ICT di Malaysia. Ia adalah kelangsungan pembentangan seminar saya 5 tahun dahulu di UPSI.
Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar, Sabzali Musa Kahn,2015. Cabaran Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan ICT di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu (Jilid 26,2015), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Penulisan saya seterusnya yang sedang disemak oleh fakulti pendidikan di UM adalah berjudul Pengaruh Kreativiti dalam penghasilan visual propaganda pada era penaklukan Jepun (1942-45). Insyaalah akan diterbitkan.
Penulisan ini adalah gabungan Phd saya berkenaan dengan kreativiti visual bersama dengan sahabat yang juga sedang pada fasa terakhir Phd beliau di UPSI berkenaan dengan visual propaganda pada era pemerintahan Nippon di Malaya.
Sharulnizam Ramli, Saiful Akram Che Cob, Sabzali Musa Kahn,2015. Pengaruh Kreativiti Dalam Penghasilan Visual Propaganda Menerusi Bahasa Melayu Pada Era Penaklukan Jepun Di Malaya (1942 - 45), Jurnal Isu Dalam Pendidikan (Volume 39, 2015), Fakluti Pendidikan, Universiti Malaya.(Submitted) (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Waktu ini, saya juga sedang usahakan sebuah lagi jurnal berkenaan dengan kreativiti berdasarkan motif batik lukis di negeri Pahang.
Terima kasih kepada kedua-dua penyelia saya Dr Sabzali Musa Kahn & Dr Ruzaika Omar Basaree yang banyak beri galakan dan perhatian sepanjang pengajian Phd di UM.
Mina Hedayat , Mostafa Goodarzi , Sabzali Musa Kahn , and Sharulnizam bin Ramli. Art instructor s attitude towards the art curriculum for undergraduate degree in Tehran Universities. May, 2013 Vol. 8(10), pp. 580- 588,May, 2013 DOI: 10.5897/ERR2013.1119 ISSN 1996-0816, 2013 Academic Journals.
Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar, Sabzali Musa Kahn,2015. Cabaran Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan ICT di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu (Jilid 26,2015), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Penulisan saya seterusnya yang sedang disemak oleh fakulti pendidikan di UM adalah berjudul Pengaruh Kreativiti dalam penghasilan visual propaganda pada era penaklukan Jepun (1942-45). Insyaalah akan diterbitkan.
Penulisan ini adalah gabungan Phd saya berkenaan dengan kreativiti visual bersama dengan sahabat yang juga sedang pada fasa terakhir Phd beliau di UPSI berkenaan dengan visual propaganda pada era pemerintahan Nippon di Malaya.
Sharulnizam Ramli, Saiful Akram Che Cob, Sabzali Musa Kahn,2015. Pengaruh Kreativiti Dalam Penghasilan Visual Propaganda Menerusi Bahasa Melayu Pada Era Penaklukan Jepun Di Malaya (1942 - 45), Jurnal Isu Dalam Pendidikan (Volume 39, 2015), Fakluti Pendidikan, Universiti Malaya.(Submitted) (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Waktu ini, saya juga sedang usahakan sebuah lagi jurnal berkenaan dengan kreativiti berdasarkan motif batik lukis di negeri Pahang.
Terima kasih kepada kedua-dua penyelia saya Dr Sabzali Musa Kahn & Dr Ruzaika Omar Basaree yang banyak beri galakan dan perhatian sepanjang pengajian Phd di UM.
Sunday, March 8, 2015
Lawatan Akademik Pelajar Semester 04 Diploma Senireka Grafik & Media Digital UiTM Seri Iskandar
Bagi menjana kreativiti tidak harus terbelenggu di dalam studio sendiri dan kampus semata-mata. Atas faktor itu, 25-26hb Februari & 4-5 Mac 2015 iaitu sebanyak dua sesi lawatan akademik membolehkan saya bawa 81 orang pelajar Uitm Seri Iskandar semester 04 melawat beberapa agensi animasi, periklanan & penerbitan di Petaling Jaya dan Shah Alam. Antara agensi tersebut adalah Anithink Studios aka Ibupejabat Persatuan Animasi Malaysia, Naga DDB, Cd Communication & Karangkraf Sdn Bhd. Program berlangsung 2 hari satu malam yang memerlukan pelajar bermalam di Hotel Prescott, Klang.
Alhamdulillah lawatan akademik ini disambut baik lagi mesra oleh pihak agensi dan semoga memberi manfaat kepada para pelajar jurusan grafik bagi subjek advertising & art direction. Terima kasih kepada semua agensi yang sudi berkongsi kepada para pelajar berkaitan dengan dunia animasi, periklanan dan penerbitan serta pencetakan.
(FOTO ATAS): Lawatan pertama 26hb Februari 2015 di ibupejabat Karangkraf saya dan pensyarah kanan En. Khairul Azahari & 45 pelajar bersama pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacob(berbaju kemeja putih duduk di bahagian tengah) pukul 12 tengahari hari Khamis, 26hb Februari 2015.
(FOTO BAWAH): Lawatan kedua pada 5hb Mac 2015: Saya, En Khairul Azahari dan 34 orang pelajar bersama En Hashim Manan di ruang legar ibupejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Saturday, December 13, 2014
Lukisan gua terawal di Malaysia
Adalah dipercayai lukisan gua yang terawal ditemui di Malaysia adalah pada tahun 1900 di Gua Badak, daerah Lenggong, Perak. Lukisan tersebut dipercayai telah dihasilkan beratus tahun dahulu oleh kaum negrito yang menghuni gua tersebut(Ahmad Suhaimi, 2008).
Satu lagi gua yang hebat di Perak adalah gua tempurung. Pengalaman saya menjelajahi sejauh 4km di dalam Gua Tempurung(foto) pada bulan Oktober 2014 yang lalu mendapati terdapat beberapa lakaran lukisan gua pada batu-batuan pada dinding gua tersebut. Namun tidak dapat dipastikan penghasilan imej tersebut dari zaman batu atau di era ini. Dengan ada anak sungai yang mengalir di dasar gua menambahkan keunikkan fenomena alam di dalamnya.
Pengamatan saya juga mendapati terdapat deruan angin sejuk pada satu bahagian di dalam gua tersebut yang begitu istimewa sekaligus menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah swt.
Daripada pengamatan itu, saya telah lahirkan dua karya berjudul Gua tempurung: one point perspective berkonsepkan warna panas & warna sejuk sebagai tanda kenangan saya pernah menjelajah gua tersebut. Insyaallah saya akan pamerkan nanti setelah gabungan digital painting dan akrilik tersebut siap.
Satu lagi gua yang hebat di Perak adalah gua tempurung. Pengalaman saya menjelajahi sejauh 4km di dalam Gua Tempurung(foto) pada bulan Oktober 2014 yang lalu mendapati terdapat beberapa lakaran lukisan gua pada batu-batuan pada dinding gua tersebut. Namun tidak dapat dipastikan penghasilan imej tersebut dari zaman batu atau di era ini. Dengan ada anak sungai yang mengalir di dasar gua menambahkan keunikkan fenomena alam di dalamnya.Pengamatan saya juga mendapati terdapat deruan angin sejuk pada satu bahagian di dalam gua tersebut yang begitu istimewa sekaligus menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah swt.
Daripada pengamatan itu, saya telah lahirkan dua karya berjudul Gua tempurung: one point perspective berkonsepkan warna panas & warna sejuk sebagai tanda kenangan saya pernah menjelajah gua tersebut. Insyaallah saya akan pamerkan nanti setelah gabungan digital painting dan akrilik tersebut siap.
Sunday, November 9, 2014
Modul bertema: Guru menjana atau menyekat kreativiti?
Itu judul jurnal terbaru saya yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu Jilid 24, Universiti Malaya.
Abstraknya:
Sharulnizam Ramli,Sabzali Musa Kahn,Jaffri Hanafi,2014. Kreativiti Menerusi Modul Bertema: Guru Menjana Atau Menyekat Kreativiti Kanak- Kanak.Jurnal Pengajian Melayu UM, Jilid 24,2013-2014:63-81
Abstraknya:
Guru prasekolah berperanan sama ada menjana kreativiti
atau tanpa disedari menyekat kreativiti kanak-kanak. Antara faktornya seperti mengongkong dan membataskan idea kanak-kanak ketika aktiviti seni
visual berteraskan modul bertema. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan
menentukan idea-idea mereka sendiri dan guru membantu agar aktiviti-aktiviti
seni yang dilakukan oleh kanak-kanak mencapai objektif sebagaimana yang
terkandung dalam Tunjang Estetika dan Kreativiti. Pengalaman sangat penting ke atas proses imaginasi kanak-kanak
Percambahan idea dan penumpuan serta berani mengambil risiko merupakan antara elemen penting dalam proses kreativiti. Pemahaman mengenai prinsip-prinsip dan elemen-elemen senireka dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual berlandaskan modular bertema harus diutamakan. Guru juga perlu kreatif dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya berkenaan dengan pendidikan seni visual bagi menjayakan hasrat ini. Usaha guru dalam menjana kreativiti kanak-kanak di tahap praskematik adalah sangat dipuji namun ada lompang-lompang yang perlu diperbaiki.

Tuesday, November 4, 2014
Lukisan imej oleh manusia zaman batu pada dinding gua: Kebetulan atau kepandaian semulajadi?
Imej pada firasat Rudolf Arnheim mewakili tanda, simbol dan gambaran. Ketiga-tiga ini membawa satu atau lebih makna dan pada keadaan tertentu akan saling berkaitan bergantung kepada kemahuan manusia yang menilainya,
Tiada yang menafikan bahawa lukisan-lukisan gua adalah bukti manusia pada zaman batu telah menghasilkan imej-imej awal tersebut. Antaranya di Altamira. Ada yang menyatakan penghasilan imej pada dinding-dinding gua berpunca daripada persekitaran manusia tetapi masakan secara tiba-tiba manusia pada zaman itu pandai melukis imej-imej tersebut hanya berdasarkan dengan melihat. Haiwan buruan menjadi fokus utama penghasilan imej. Mengapa? Mungkin benar kerana daging merupakan makanan utama manusia pada era tersebut. Namun dari mana datangnya kepandaian manusia pada era tersebut hingga mampu melukis imej-imej tersebut? Apakah kebetulan atau kepandaian semulajadi?
Kongsikan pendapat anda tentang persoalan ini.

Wednesday, March 5, 2014
Fasa Akhir penulisan desertasi Phd
Berada dalam fasa akhir penulisan penuh sebelum draf disertasi Phd diserahkan menjelang Jun 2014. Selebihnya tawakal kepada Yang Maha Esa semoga segala yang diusahakan sentiasa dipermudahkan semasa dipanggil UM untuk sesi 'vating' akhir kelak.
Istilah kreativiti kerap didefinisikan oleh manusia berdasarkan bidang tertentu yang didokong oleh mereka dalam masa-masa tertentu. Tidak mudah mendefinisikannya malah tidak senang menyemainya hatta pada peringkat awal kanak-kanak jika tanpa ada usaha daripada semua pihak. Selaras dengan hasrat kerajaan terhadap kepentingan dalam pertumbuhan industri kreatif dan inovatif negara, output yang dihasilkan kelak semoga dapat membuka mata kepada ramai pihak yang berkenaan bahawa kepentingan bidang seni visual seharusnya diletakkan sama aras dengan kepentingan bidang sains dan teknologi dalam menyumbang kepada kemodenan negara menjelang wawasan 2020.
Diharap penulisan dan dapatan penyelidikan kreativiti terhadap penghasilan imej ini akan dimanfaatkan sebagai pembacaan dan diambil tindakan oleh mereka yang prihatin untuk kejayaan penyelidikan selanjutnya di masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Paling Dilawati
-
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya da...
-
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh...
-
Pembentangan Kertas Seminar: PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli ...
-
Fokus: Teori kreativiti untuk dikongsikan bersama. KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentan...
-
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wu...
-
Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan para pelajar, terdapat beberapa kaedah telah dikenalpasti. Di antara kaedah-k...
-
Dewasa ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah malah di tahap yang membimbangkan. Secara purata, setiap rak...
-
Menurut Arney(1987) dalam bukunya yang berjudul Malaysian BATIK: Creating New Traditions menjelaskan pembuatan batik Malaysia di abad 20 tel...
-
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap ...
-
Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang...