Sharulnizam Ramli,Sabzali Musa Kahn,Jaffri Hanafi,2014. Kreativiti Menerusi Modul Bertema: Guru Menjana Atau Menyekat Kreativiti Kanak- Kanak.Jurnal Pengajian Melayu UM, Jilid 24,2013-2014:63-81
Abstraknya:
Guru prasekolah berperanan sama ada menjana kreativiti
atau tanpa disedari menyekat kreativiti kanak-kanak. Antara faktornya seperti mengongkong dan membataskan idea kanak-kanak ketika aktiviti seni
visual berteraskan modul bertema. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan
menentukan idea-idea mereka sendiri dan guru membantu agar aktiviti-aktiviti
seni yang dilakukan oleh kanak-kanak mencapai objektif sebagaimana yang
terkandung dalam Tunjang Estetika dan Kreativiti. Pengalaman sangat penting ke atas proses imaginasi kanak-kanak
Percambahan idea dan penumpuan serta berani mengambil risiko merupakan antara elemen penting dalam proses kreativiti. Pemahaman mengenai prinsip-prinsip dan elemen-elemen senireka dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual berlandaskan modular bertema harus diutamakan. Guru juga perlu kreatif dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya berkenaan dengan pendidikan seni visual bagi menjayakan hasrat ini. Usaha guru dalam menjana kreativiti kanak-kanak di tahap praskematik adalah sangat dipuji namun ada lompang-lompang yang perlu diperbaiki.

No comments:
Post a Comment