Tuesday, January 23, 2018

Merintis Tahun 2018


Menempuh awal Tahun 2018 dengan Retreat Fakulti di Hotel Perdana minggu sudah dan merangkap setiausaha pembentangan Sarjana pelajar di Pusat pengajian PascaSiswazah di Kampus Kota Pengkalan Chepa pada hari Ahad iaitu 3 hari lepas.
Banyak lagi yang menanti terutama tugas penyeliaan pelajar-pelajar Ijazah dan Sarjana sehinggalah kepada tugasan kepada fakulti serta universiti seperti kunjungan ke Universiti Prince Songkla Thailand April ini, mendapatkan penajaan bagi Minggu Fiesta Batik Malaysia yang dijadualkan pada Oktober, mengetuai usaha rekabentuk Signage setiap kampus, dua geran penyelidikan yang masih berjalan dan banyak lagi pastinya.
Seharusnya tahun ini lebih mencabar. Pentas yang dijejak semakin menuntut keteguhan hati dan pintar akal dalam menyelesaikannya satu persatu. Bukankah kreativiti itu hasil daripada proses tugas atau isu yang timbul dengan penyelesaian yang berbeda lagi unik?
Semoga Allah swt rahmati hidup kita semua, Insha-Allah


Monday, December 18, 2017

Les Copaque Production menerusi Upin & Ipin memang hebat

8 Disember yang lalu, jayakan sesi temubual semi structured dengan Pengarah Urusan Les Copaque Production Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi di Seksyen 13 Shah Alam. Kajian untuk data case study: 'Can Upin & Ipin sustain their brands?' bagi pihak pengarah Global Entrepreneurship Research Innovation Centre UMK. Seterusnya Tn Burhanuddin temankan kami melawat setiap unit rekabentuk animasi dan grafik di syarikat beliau. Hebat dengan pekerja yang begitu berdisiplin dan kreatif. Bagaimana proses kreatif yang berlaku berjaya mendisipilinkan staf beliau. Ada kajian kes yang menarik untuk dibentangkan di UMK nanti.




Saturday, October 14, 2017

Konvokesyen ke 7 Universiti Malaysia Kelantan


Tanggal 9-12hb Okt 2017 merupakan konvokesyen ke 7 Universiti
Malaysia Kelantan. Tentulah hari yang paling bermakna kepada graduan khususnya pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi dengan kepujian(Rekabentuk Komunikasi Visual) dari Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan.

Rekabentuk Komunikasi Visual (RKV) antara disiplin ilmu senireka grafik dan merupakan program pengajian yang mengandungi kreativiti digital seperti rekaan identiti korporat, kempen periklanan, fotografi, animasi 2D&3D, rekaan laman web dan video kreatif. Berbekalkan disiplin ini, graduan seharusnya tidak menghadapi masalah untuk memperolehi pekerjaan maupun bergelar usahawan.



Aku hadir sebagai pensyarah RKV pada sidang ke 8 iaitu 12hb Okt jam 8am di Dewan Keusahawanan kampus Kota di Kota Bharu.. Biarpun universiti ini baru menjangkau usia 10 tahun, bertunjangkan teras keusahawanan aku yakin UMK berupaya menawarkan pendidikan yang memenuhi keperluan pasaran inovasi dan industri negara. Tahniah kepada pelajar-pelajar jurusan RKV yang tamat pengajian selama 4 tahun dan seluruh graduan UMK untuk tahun ini.

"Menjana kreativiti pelajar tidak semudah mengungkapkan kata-kata kerana ia harus realistik berdasarkan panduan yang berpaksikan kepada pengaruh persekitaran, kepercayaan manusia dan budaya setempat yang mendokongnya"

Sunday, September 24, 2017

My Scopus-Indexed Journal in 2017

Exploration of Batik Lukis Motifs as a Medium of Art Communication in Pahang

Sharulnizam Ramli, Mohd Khairul Azahari Abdul Rani, Zarlina Mohd Zamari
Malaysian Journal of Communication Jilid 33(1) 2017: 173-183

Abstract


Malaysian societies are more familiar with batik which hails from Kelantan and Terengganu. They know very little about batik from Pahang which is often more revered for its traditional craft  product such as ‘tenun Pahang’(woven fabric). In other words, Malaysians are oblivious to the uniqueness of batik lukis from Pahang since much information about it offers only a general description. Based on this understanding, the present qualitative research is carried out through a case study method to explore and comprehend the process of Pahang batik lukis motif’s production from the perspectives of idea generation, practitioners, expression, representation, environment, creativity and aesthetics in order to delve deeper into the art behind the creation of batik lukis in Pahang as it is a Malay art heritage which must be conserved. 
......................................SUMMARY..........................................................................
THE FUNCTION OF BATIK LUKIS AS A MEDIUM OF COMMUNICATION 
Through all the evidence described in this article, it is conclusive that the batik lukis motifs are not only the outcome of external and internal creative touch of the practitioner but they also function as a medium of communication in the effort to integrate art and nature. Batik practitioners produce flora and fauna motifs as a result of their meticulous observation of nature as well as its surroundings. Nature and its myriad of living things become the source of inspiration to batik practitioners to communicate through their batik lukis art, the exquisiteness of God’s creations. Figure motifs speak volumes about the batik practitioners passion in portraying human’s life in the culture that they belong to. Some figure motifs that they create are, a group of fishermen pushing the boat to the sea, women weaving coconut leaves, children riding a buffalo and farmers planting their crops : all these are indicative of the practitioners’ effort to make batik lukis as a medium for them to communicate their observations of events as well as activities which take place in a society. In conclusion, all motifs which are produced, including the figure motifs are closely linked to the practitioners’ reflection in communicationg with nature and the various lives which thrive in it. 

CONCLUSION 
Overall, research findings indicate that flora and fauna motif representations are the main motifs which are processed and produced by practitioners at Natural Batik Village. Even though there are geometric and dots as motifs for batik lukis, the number is relatively small. Batik practitioners posit that the less demand for production in dots and geometric patterns is due to the lack of demand from the society for them. Figurative motifs go through visualization or the most attractive narrative as they are very apparent and are mostly displayed in batik lukis motifs at Natural Batik Village. These are the distinctive values of batik lukis in Pahang as compared to batik lukis from Kelantan and Terengganu. In conclusion, through positive acceptance and awareness from all parties involved on the significance of craft to the social pattern and norms, batik art is seen as able to contribute to the development of young generation that is knowledgeable, admires cultural inheritances, competent, creative and competitive. 

Sunday, September 10, 2017

Hubungan Luar & Industri

Saya selaku Ketua Hubungan Luar dan Industri bagi Fakulti(FTKW) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Islam yang sudi menaja  RM100 ribu untuk
Fiesta Batik UMK (24hb Okt hingga 2hb Nov 2017). En Khairul Kamarudin CEO Bank Islam akan merasmikan fiesta ini di kampus Kota UMK. Fiesta batik ini bertujuan membantu usahawan batik di Malaysia. Graduan UMK yang menceburi keusahwanan batik juga antara yang terlibat dalam menjayakan fiesta batik ini.
Terima kasih Bank Islam!

Sunday, May 14, 2017

Kunjungan Ke Berita Harian - NSTP

11am - 11hb Mei 2017 Bersama Dekan FTKW Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan untuk perbincangan rasmi kolaborasi akademik & industri FTKW UMK dengan CEO Berita Harian, Datuk Mahfar Ali. Apa yang juga menarik di NSTP, sempat berkunjung ke galeri arkib NSTP yang memiliki ratusan dokumen sejarah negara. Akhbar ini mula diterbit pada tahun 1845 dengan Singapura yang ketika itu masih bersama Malaysia sebagai ibu pejabat. Terima kasih kepada Ketua Pengarang Pendidikan Berita Harian En Ridzuan Yob yang bawa jelajah Galeri Prima dan arkib di NSTP.

Kepada yang sedang/berminat melakukan kajian tentang historical di Malaysia, arkib NSTP di Jalan Riong, Bangsar adalah tempat yang wajib anda kunjungi.

Saturday, January 21, 2017

What say you about Prophet Muhammad


"He was Caesar & Pope in one but he was Pope without the pope's pretensions, Caesar without the religions of Caesar. Without a standing army, without a bodyguard, without a palace, without a fixed revenue. If ever a man had the right to say that he ruled by a right divine, it was Muhammad, for he had all the power without its instruments and without its support"

Rev. Reginald Bosworth Smith
(Muhammad at Mecca, W.Montgomery Watt, Oxford Press, p.53)

Tuesday, November 15, 2016

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan UMK


Selain daripada menyambung pengajian di UiTM bagi jurusan Grafik dan Komunikasi Visual, saya ingin mempelawa semua bekas pelajar saya di peringkat diploma dahulu baik di Kolej Universiti Cosmopoint dan UiTM Seri Iskandar (2003-2016) untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana maupun Doktor Falsafah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan kampus Bachok. Ia satu lagi pilihan kepada anda semua sama ada ingin menyambung pengajian kreatif dalam jurusan animasi, komunikasi visual, kajian warisan budaya dan sebagainya.

Jumpa saya di sana!
'Ilmu yang paling berharga adalah pengalaman yang dilalui biarpun sesaat'

Dr. Sharulnizam Ramli
Reka Bentuk Komunikasi Visual
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan

Thursday, November 10, 2016

Istiadat Konvokesyen UM 2016 yang sangat bermakna

Alhamdulillah 15hb Oktober 2016 Konvokesyen Universiti Malaya bermula dan sidang pertama jam 9 pagi khusus kepada semua graduan Ph.D. Dengan Canselor, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menganugerahkan skrol ke tangan ini, ia jadi cukup sempurna. Di tambah disaksikan ayah bonda, ibu mentua & isteri yang turut berada di dalam Dewan Tunku Canselor.  Di luar, anak-anak dan adik-adik menontonnya di layar utama. Syukur kepada Allah swt atas rahmat ini. Terima kasih.





















https://www.youtube.com/watch?v=v88w0Pvz8sg

Monday, May 16, 2016

Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2016

Sabtu pada 14hb Mei 2016, saya dan sahabat yang baru menamatkan pengajian Phd beliau telah hadir ke UPSI sebagai pembentang di Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2016 di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Judul 'proceeding' ini adalah Pengaruh Kreativiti Pada Reprensentasi Visual Propaganda Berbahasa Melayu Sewaktu Penaklukan Jepun di Malaya, 1942-45. Sebagai Alumni UPSI pengajian Sarjana dahulu, kami berdua gembira dapat berkongsi utk warga UPSI...alhamdulillah.


Friday, March 11, 2016

Jurnal terbaru saya yang diterbitkan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Alhamdulillah jurnal saya berjudul Pengaruh Kreativiti Dalam Penghasilan Visual Propaganda bahasa Melayu pada era penaklukan Jepun di Malaya (1942-45) telah diterima dan diterbitkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya untuk Jurnal Isu-isu Pendidikan Vol 39. Terima kasih kepada pihak fakulti.

Sedutan sebahagian daripada makalah ini akan saya bentang bersama seorang sahabat yang baru menamatkan pengajian kedoktoran dalam jurusan historical. Pembentangan dan kupasan bagaimana pengaruh kreativiti mencetuskan idea terhadap penghasilan visual propaganda berbahasa Melayu pada era pemerintahan Jepun akan berlangsung di UPSI pada bulan Mei nanti Insyaallah.

Gambar Hiasan: Gadis Melayu - Dato Hoessein Enas 




Wednesday, July 1, 2015

Jurnal saya yang seterusnya

Selepas penulisan jurnal ISI berkisarkan DBAE dengan sahabat dari Iran: 

Mina Hedayat , Mostafa Goodarzi , Sabzali Musa Kahn , and Sharulnizam bin Ramli. Art instructor s attitude towards the art curriculum for undergraduate degree in Tehran Universities. May, 2013 Vol. 8(10), pp. 580- 588,May, 2013 DOI: 10.5897/ERR2013.1119 ISSN 1996-0816, 2013 Academic Journals.


dan jurnal berjudul Guru menjana atau menyekat kreativiti menerusi modul bertema,  tulisan jurnal saya seterusnya yang diterbit oleh Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada tahun ini adalah mengupas berkenaan dengan cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan kemunculan ICT di Malaysia. Ia adalah kelangsungan pembentangan seminar saya 5 tahun dahulu di UPSI.

Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar, Sabzali Musa Kahn,2015. Cabaran Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan ICT di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu (Jilid 26,2015), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Penulisan saya seterusnya yang sedang disemak oleh fakulti pendidikan di UM adalah berjudul Pengaruh Kreativiti dalam penghasilan visual propaganda pada era penaklukan Jepun (1942-45). Insyaalah akan diterbitkan. 


Penulisan ini adalah gabungan Phd saya berkenaan dengan kreativiti visual bersama dengan sahabat yang juga sedang pada fasa terakhir Phd beliau di UPSI berkenaan dengan visual propaganda pada era pemerintahan Nippon di Malaya.


Sharulnizam Ramli, Saiful Akram Che Cob, Sabzali Musa Kahn,2015. Pengaruh Kreativiti Dalam Penghasilan Visual Propaganda Menerusi Bahasa Melayu Pada Era Penaklukan Jepun Di Malaya (1942 - 45), Jurnal Isu Dalam Pendidikan (Volume 39, 2015), Fakluti Pendidikan, Universiti Malaya.(Submitted) (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)


Waktu ini, saya juga sedang usahakan sebuah lagi jurnal berkenaan dengan kreativiti berdasarkan motif batik lukis di negeri Pahang.


Terima kasih kepada kedua-dua penyelia saya Dr Sabzali Musa Kahn & Dr Ruzaika Omar Basaree yang banyak beri galakan dan perhatian sepanjang pengajian Phd di UM.

Sunday, March 8, 2015

Lawatan Akademik Pelajar Semester 04 Diploma Senireka Grafik & Media Digital UiTM Seri Iskandar

Bagi menjana kreativiti tidak harus terbelenggu di dalam studio sendiri dan kampus semata-mata. Atas faktor itu, 25-26hb Februari & 4-5 Mac 2015 iaitu sebanyak dua sesi lawatan akademik membolehkan saya bawa 81 orang pelajar Uitm Seri Iskandar semester 04 melawat beberapa agensi animasi, periklanan & penerbitan di Petaling Jaya dan Shah Alam. Antara agensi tersebut adalah Anithink Studios aka Ibupejabat Persatuan Animasi Malaysia, Naga DDB, Cd Communication & Karangkraf Sdn Bhd. Program
berlangsung 2 hari satu malam yang memerlukan pelajar bermalam di Hotel Prescott, Klang.
Alhamdulillah lawatan akademik ini disambut baik lagi mesra oleh pihak agensi dan semoga memberi manfaat kepada para pelajar jurusan grafik bagi subjek advertising & art direction. Terima kasih kepada semua agensi yang sudi berkongsi kepada para pelajar berkaitan dengan dunia animasi, periklanan dan penerbitan serta pencetakan.
(FOTO ATAS): Lawatan pertama 26hb Februari 2015 di ibupejabat Karangkraf saya dan pensyarah kanan En. Khairul Azahari & 45 pelajar bersama pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacob(berbaju kemeja putih duduk di bahagian tengah) pukul 12 tengahari hari Khamis, 26hb Februari 2015.
(FOTO BAWAH): Lawatan kedua pada 5hb Mac 2015: Saya, En Khairul Azahari dan 34 orang pelajar bersama En Hashim Manan di ruang legar ibupejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Saturday, December 13, 2014

Lukisan gua terawal di Malaysia

Adalah dipercayai lukisan gua yang terawal ditemui di Malaysia adalah pada tahun 1900 di Gua Badak, daerah Lenggong, Perak. Lukisan tersebut dipercayai telah dihasilkan beratus tahun dahulu oleh kaum negrito yang menghuni gua tersebut(Ahmad Suhaimi, 2008).

Satu lagi gua yang hebat di Perak adalah gua tempurung. Pengalaman saya menjelajahi sejauh 4km di dalam Gua Tempurung(foto) pada bulan Oktober 2014 yang lalu mendapati terdapat beberapa lakaran lukisan gua pada batu-batuan pada dinding gua tersebut. Namun tidak dapat dipastikan penghasilan imej tersebut dari zaman batu atau di era ini. Dengan ada anak sungai yang mengalir di dasar gua menambahkan keunikkan fenomena alam di dalamnya.
Pengamatan saya juga mendapati terdapat deruan angin sejuk pada satu bahagian di dalam gua tersebut yang begitu istimewa sekaligus menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah swt.

Daripada pengamatan itu, saya telah lahirkan dua karya berjudul Gua tempurung: one point perspective berkonsepkan warna panas & warna sejuk sebagai tanda kenangan saya pernah menjelajah gua tersebut. Insyaallah saya akan pamerkan nanti setelah gabungan digital painting dan akrilik tersebut siap.



Sunday, November 9, 2014

Modul bertema: Guru menjana atau menyekat kreativiti?

Itu judul jurnal terbaru saya yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu Jilid 24, Universiti Malaya.

Sharulnizam Ramli,Sabzali Musa Kahn,Jaffri Hanafi,2014. Kreativiti Menerusi Modul Bertema: Guru Menjana Atau Menyekat Kreativiti Kanak- Kanak.Jurnal Pengajian Melayu UM, Jilid 24,2013-2014:63-81


Abstraknya:
Guru prasekolah berperanan sama ada menjana kreativiti atau tanpa disedari menyekat kreativiti kanak-kanak. Antara faktornya seperti mengongkong dan membataskan idea kanak-kanak ketika aktiviti seni visual berteraskan modul bertema. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan menentukan idea-idea mereka sendiri dan guru membantu agar aktiviti-aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak mencapai objektif sebagaimana yang terkandung dalam Tunjang Estetika dan Kreativiti. Pengalaman sangat penting ke atas proses imaginasi kanak-kanak

Percambahan idea dan penumpuan serta berani mengambil risiko merupakan antara elemen penting dalam proses kreativiti. Pemahaman mengenai prinsip-prinsip dan elemen-elemen senireka dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual berlandaskan modular bertema harus diutamakan. Guru juga perlu kreatif dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya berkenaan dengan pendidikan seni visual bagi menjayakan hasrat ini. Usaha guru dalam menjana kreativiti kanak-kanak di tahap praskematik adalah sangat dipuji namun ada lompang-lompang yang perlu diperbaiki.


Tuesday, November 4, 2014

Lukisan imej oleh manusia zaman batu pada dinding gua: Kebetulan atau kepandaian semulajadi?

Imej pada firasat Rudolf Arnheim mewakili tanda, simbol dan gambaran. Ketiga-tiga ini membawa satu atau lebih makna dan pada keadaan tertentu akan saling berkaitan bergantung kepada kemahuan manusia yang menilainya,

Tiada yang menafikan bahawa lukisan-lukisan gua adalah bukti manusia pada zaman batu telah menghasilkan imej-imej awal tersebut. Antaranya di Altamira. Ada yang menyatakan penghasilan imej pada dinding-dinding gua berpunca daripada persekitaran manusia tetapi masakan secara tiba-tiba manusia pada zaman itu pandai melukis imej-imej tersebut hanya berdasarkan dengan melihat. Haiwan buruan menjadi fokus utama penghasilan imej. Mengapa? Mungkin benar kerana daging merupakan makanan utama manusia pada era tersebut. Namun dari mana datangnya kepandaian manusia pada era tersebut hingga mampu melukis imej-imej tersebut? Apakah kebetulan atau kepandaian semulajadi?

Kongsikan pendapat anda tentang persoalan ini.


Wednesday, March 5, 2014

Fasa Akhir penulisan desertasi Phd

Berada dalam fasa akhir penulisan penuh sebelum draf disertasi Phd diserahkan menjelang Jun 2014. Selebihnya tawakal kepada Yang Maha Esa semoga segala yang diusahakan sentiasa dipermudahkan semasa dipanggil UM untuk sesi 'vating' akhir kelak.

 Istilah kreativiti kerap didefinisikan oleh manusia berdasarkan bidang tertentu yang didokong oleh mereka dalam masa-masa tertentu. Tidak mudah mendefinisikannya malah tidak senang menyemainya hatta pada peringkat awal kanak-kanak jika tanpa ada usaha daripada semua pihak. Selaras dengan hasrat kerajaan terhadap kepentingan dalam pertumbuhan industri kreatif dan inovatif negara, output yang dihasilkan kelak semoga dapat membuka mata kepada ramai pihak yang berkenaan bahawa kepentingan bidang seni visual seharusnya diletakkan sama aras dengan kepentingan bidang sains dan teknologi dalam menyumbang kepada kemodenan negara menjelang wawasan 2020.

Diharap penulisan dan dapatan penyelidikan kreativiti terhadap penghasilan imej ini akan dimanfaatkan sebagai pembacaan dan diambil tindakan oleh mereka yang prihatin untuk kejayaan penyelidikan selanjutnya di masa hadapan.

Sunday, September 29, 2013


Otak kiri turut ada kaitan dengan pengamatan terhadap simbol dan huruf. Manakala warna ada kaitan dengan tindakbalas otak kanan. Oleh itu, fungsi keduanya boleh berlaku serentak pada satu-satu masa tertentu.(Rujuk Buzan)

 *Bacalah apa saja yang boleh membawa kebaikan untuk diri sendiri & orang lain Insya-Allah - sharul

Wednesday, September 25, 2013

Satu contoh teori kreativiti yang bagus bagi membentuk kerangka konsep penyelidikan( cth carta daripada penulisan PhD penulis). Bincang dengan penyelia anda. Teori kreativiti oleh Alex Osborn ini mempunyai tujuh tahap seperti tertera. Berbeza dengan Teori kreativiti Graham Wallas dan John W Haefele, tahap andaian merupakan tahap penambaikkan yang boleh disama ertikan dengan imaginasi. Jangan pandang rendah kepada imaginasi kerana imaginasi lebih hebat daripada pengetahuan. Rujuk Albert Einstein.

Artikel Paling Dilawati