Jika Powers, A.(2003) menyatakan tahun 1744 merupakan era awal penghasilan ilustrasi pada buku untuk kanak-kanak ternyata pernyataan Professor Martin Salisbury dalam penulisannya setahun selepas itu berlawanan dengan tanggapan Alan Powers.
Menurut Salisbury (2004), buku yang mengandungi ilustrasi pertama kanak-kanak telah dihasilkan oleh Jost Amman pada tahun 1580 di Frankfurt berjudul Kunst and Lehrbuchein. Ini diikuti oleh buku kanak-kanak kedua berjudul Orbis Pictus pada tahun 1658 di Poland yang dihasilkan oleh seorang paderi Moravian yang berasal dari Republik Cech.
---------------------------------------------------------------------------------
Di kala usia semakin hampir berubah digitnya pada Jun nanti, penyelidikan ke atas ilustrasi dalam buku kanak-kanak akan dikecilkan skopnya merujuk kepada keperluan permasalahan kajian yang utama. Tertarik dengan ungkapan seorang ilustrator buku kanak-kanak ulung di Malaysia yang menyatakan bahawa:
" setiap hari bayi dilahirkan ke dunia tetapi bukan setiap hari buku kanak-kanak diterbitkan ke dunia.."
InsyaAllah akan dikongsikan kajian ini bersama bila tiba saat dan waktunya.
Thursday, May 26, 2011
Friday, January 7, 2011
Sejarah Awal Penghasilan Kulit Depan Buku Cerita Kanak-Kanak
Belum terlambat untuk diucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan.
Akhirnya ketemu sesuatu yang dicari bagi menyokong penyelidikan ini. Berkenaan dengan sejarah awal penghasilan kulit depan buku cerita dan gembira dikongsikan di sini. Dari pembacaan:
Powers, A. ( 2003) menjelaskan bahawa sejarah penghasilan kulit depan buku untuk kanak-kanak bermula pada tahun 1744 apabila John Newberry(1713-67) mempromosi dan menghasilkan sebuah buku dengan kulitnya dijilid kemas dan berwarna keemasan berjudul `A Little Pretty Pocket Book’ yang diedarkan di kedai bukunya di St Pauls’s Churchyard, England. Penghasilan variasi baru rekabentuk kulit depan buku kanak-kanak tersebut telah memberi idea kepada rakan niaga Newberry iaitu Benjamin Collins dari Salisbury untuk membuat pelaburan secara serius dengan memperkenalkan penggunaan warna, corak, abjad dan taipografi yang ringkas pada bahagian visual kulit depan buku kanak-kanak yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat di England khususnya kalangan ibubapa. Idea dan kreativiti dua sahabat ini terus digunapakai hingga ke hari ini
Sumber:
Powers. A. (2003). Children’s book covers: Breat book jacket and cover design. Octupus Publishing Group ltd: United Kingdom

Tuesday, July 27, 2010
Kreativiti Reka Letak Ilustrasi Buku Cerita Kalangan Awal Remaja?
Sejak mendaftar diri kembali ke kampus bitara di Tg Malim, sedikit teruja dengan penerangan dan pandangan penasihat pengajian, Dr Nasir berkenaan dengan pengajian Dr Falsafah ini. Biarpun pada mulanya proposal yang diterima fakulti lebih ke arah pembentukan model pengajaran dan pembelajaran bagi perspektif komunikasi visual dalam subjek Pendidikan Seni Visual di Peringkat Menengah, ternyata topik ini bakal berubah 360 darjah.
Awalnya aku menjangkakan multi metod bakal aku aplikasikan dalam penyelidikan ini tetapi ternyata ianya meleset. Kaedah kualitatif berkemungkinan besar akan menjadi domain dan struktur utama penyelidikan Kajian Kes ini.
Bidang grafik dan periklanan tetap bakal diimplemenkan cuma ianya tegar menyuluh fokus kepada grafik ilustrasi berkomputer pada reka letak buku cerita di kalangan pelajar awal remaja dalam membentuk minat kepada kreativiti menerusi visual. Persepsi, elemen dan prinsip senireka dilihat bakal menjadi kerangka teori yang mengukuhkan penyelidikan ini.
Seperti yang diperkatakan pada awal tadi, perancangan ini masih boleh berubah 360 darjah dan aku sedayanya selaku instrumen utama akan cuba membawa kajian ilmiah ini kepada sesuatu yang dapat mengukuhkan lagi pembelajaran pendidikan Seni Visual terutama yang melibatkan grafik dan periklanan di kalangan pelajar seawal tujuh hingga 12 tahun. Itupun jika kaedah kualitatif 100% walau sebolehnya kaedah multimetod akan diadaptasikan. Kaedah kuantitatif biarpun sedikit tetapi tetap kulihat penting dalam mendokong dapatan kajian ini nanti. Bahkan pengumpulan data nanti pasti memerlukan temubual dengan pakar, pereka dan responden. Apa mungkin survey juga sesuatu yang tidak harus ditolak secara total dan menjadi kemestian dalam mendapat sumber data kali ini?
Masih terlalu awal dan aku habisi waktu-waktu yang terluang dengan membaca untuk penghasilan theoritical framework kajian ini nanti. Terbaru buku berjudul The concept of Art penulisan Haig Khatchadourian(1971) menarik perhatian aku. Buku ini memperjelaskan bahawa ekspresi terhadap kerja-kerja seni seperti melukis, mengukir arca pada asasnya merupakan satu interpretasi minimum tanpa naluri sesal oleh pelakunya dalam mempersembahkan apa yang difikirkan menyumbang kepada estetika kesenian. Banyak lagi kupasan dalam buku ini seperti kepentingan konsep dalam setiap kerja seni, keseronokkan dengan kerja seni adalah asas menentukan kualiti dan kreativiti serta banyak lagi. Buku ini bagus untuk dibaca oleh semua insan yang mencintai seni terutama buat mereka yang berada dalam sarang pendidikan seni visual khususnya.

Monday, June 28, 2010
Kreativiti menerusi animasi 2D & 3D
Tanggal 26hb Mei 2010 yang lalu, aku telah dijemput sebagai antara panel penilai luar dalam persembahan para pelajar Animasi 2D & 3D Semester 4 Sijil Multimedia Kreatif di Dewan Besar Kolej Komuniti Kuantan di Indera Mahkota. Sesi penilaian yang bertemakan 'Creating NEXT animator' bermula waktu pagi hingga petang manakala tengaharinya dirasmikan oleh Pengetua Kolej Komuniti Kuantan, Puan Norlida.
Melihatkan kesungguhan para pelajar dalam menyiapkan tugasan akhir mereka, tidak sangsi untuk mengucapkan syabas kepada tenaga pengajar kursus SAN( Sijil Animasi)dalam membentuk kreativiti spatial para pelajar kepada tahap yang boleh dibanggakan. Keupayaan kecerdasan spatial tergolong dalam 7 kepelbagaian kecerdasan yang diperkatakan oleh Gardner(1993). Kebolehan para pelajar biarpun hanya di peringkat sijil tetapi sebahagian besar daripada mereka menunjukkan kemampuan menghasilkan animasi 2D & 3D yang diluar jangkaan dan dilihat sudah bersedia menyahut cabaran sebagai animator junior.
Ternyata gabungan pembelajaran ilmu periklanan, korporat identiti dan animasi boleh meningkatkan pemahaman disiplin ilmu khususnya tingkat kreativiti komunikasi visual di kalangan pelajar yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan seni visual di peringkat sekolah. Majlis berakhir dengan minum petang bersama pengetua kolej, Puan Norlida.
Terima kasih atas kesudian Kolej Komuniti Kuantan menjemput sebagai Penilai Luar. Juga penghargaan buat sahabat En Zaihairun dan En Hairulnizam, pensyarah animasi di sana.
Antara lensa yang menghentikan detik waktu:

Monday, May 31, 2010
the new Drawing On The Right Side Of The Brain(3)
Meninggalkan sesuatu yang sudah mendarah daging terasa begitu asing. terusik dan kuubati dengan lekatkan hasil-hasil kerja pelajar yang sempat kukumpul untuk semester mereka akhir lalu. 31 Mei tiada jejak kutinggalkan dan aku akan kembali di dunia pendidikan yang bermaruah suatu masa nanti.
Ekspresi Figuratif dari perspektif grafik ilustrasi:

Friday, May 21, 2010
the new Drawing On The Right Side Of The Brain(2)
LAGI Ilustrasi pelajar-pelajar grafik semester 04 dari perspektif marker rendering:
Implementasi pelajar semester ini terhadap kesan cahaya, bayang dan tona.
(Buat kenangan subjek ilustrasi yang kuajar selama lebih 7 tahun)

Thursday, May 20, 2010
the new Drawing On The Right Side Of The Brain
'Marker rendering' bukan suatu yang asing bagi pelajar grafik terutama dalam menghasilkan idea-idea papan cerita. Lakaran 'semi comprehensive' menerusi marker rendering antara gerak kerja yang perlu dalam proses menjana idea kreatif papan cerita dan iklan cetak.
Dalam kalangan pelajar grafik di Cosmopoint, terdapat juga pelajar yang tidak langsung mempunyai latarbelakang pendidikan seni visual dari peringkat sekolah. Bagaimanapun, melalui gabungan kecerdasan efektif dan psikomotor di studio sepanjang pengajian, pelajar yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan seni visual dilihat berupaya menghasilkan ilustrasi yang baik melalui penggunaan media 'marker'. Teknik parallel antara yang menjadi kegemaran para pelajar. Menerusi beberapa teknik melukis yang betul yang diadaptasi dari penulisan Betty Edwards(2008) berjudul the new Drawing On The Right Side of The Brain telah berjaya mendorong pelajar lebih tekun dan yakin dalam melakukan aktiviti melukis imej visual terutama dari perspektif marker rendering.
Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan para pelajar semua.
Antara persembahan hasil ilustrasi pelajar grafik semester 04 Cosmopoint Kuantan:

verification_token = "YTozOntpOjE7czoyNDoiZmxvdy1zaGFydWwuYmxvZ3Nwb3QuY29tIjtpOjI7czozMjoiNzI4MzE0MjZjM2JkNzQxZTE3MjMyM2M2YmYyODVhNDkiO2k6MztzOjU6IjQ0MzAxIjt9"; document.write( "" ); (function(){ var nnx = document.createElement('script'); nnx.type = 'text/javascript'; nnx.async = true; nnx.src = "http://tr.nuffnangx.com/nnx.js"; var x = document.getElementsByTagName('script')[0]; x.parentNode.insertBefore(nnx, x.nextSibling); })();

Terjemahan / Translate
Sesudah subuh sebelum senja
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
" Penulis sangat berbesar hati jika ada artikel-artikel di blog ini dirujuk/disebar dan seterusnya dimanfaatkan bersama"
Diharap dapat meletakkan sesawang/'link' sebagai sumber rujukan- terimakasih.
Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza Wajalla dan menyebarkan ilmu kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan manusia dalam kedudukan yang terhormat dan mulia. Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya baik di dunia mahupun di akhirat. (Hadis Riwayat Ar-rabii')
Tentang Saya
- SHARULNIZAM RAMLI
- Kuantan, Pahang, Malaysia
- Dilahirkan pada 04hb Jun 1971 di Kelantan. Berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata. Seorang puteri dan tiga orang putera merangkap hulubalang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik(UiTM), Sarjana Pendidikan Seni(M.Ed) - Universiti Pendidikan Sultan Idris & Ph.D (Visual Arts) - Universiti Malaya. Berpengalaman sebagai pereka grafik di KUB Malaysia Sdn. Bhd. di Jln Yap Kwan Seng & DD Media Consult di Sri Hartamas. Lebih dari 7 tahun sebagai tenaga pengajar Computer Graphic Design di Kolej Universiti Cosmopoint Metro Kuantan & Lebih 2 tahun di Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, Uitm Perak. Bagai 'sireh pulang ke gagang' kini di Universiti Malaysia Kelantan.
Pautan Kita Bersama
- Item Rekaan Korporat?? SILA KLIK!
- Kreativiti Menerusi Fotografi: SILA KLIK!
- Tentang Apple Macintosh
- Harian Metro
- Utusan Online
- Malaysiakini
- 1Malaysia.com
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Kelantan
Carian
Blog Pilihan
Rakan-rakan
Ketahui Nutrisi Makanan Anda
Sembang-sembang
Terowong Trafik
Iklan Kreatif
Jumlah dilawati
|
|
|