Wednesday, April 11, 2012

Siapa Pencetus Pendidikan Kanak-Kanak?


Tidak pasti siapa yang memulakan pendidikan kanak-kanak mengikut perspektif ilmuan dan falsafah. Secara umumnya, George S. Morrison(1995) menjelaskan bahawa tokoh yang mencetuskan idea kepada kepentingan pendidikan bagi golongan kanak-kanak ialah Jean Jacques Rousseau (1712-1778) iaitu menerusi penulisan bukunya yang berjudul L’Emile ou c’education.
Namun demikian, Carol Seefeldt dan Nita Barbour (1998) pula berpendapat adalah sukar untuk mengenalpasti tokoh sebenar yang membawa kepada idea penghasilan pendidikan terhadap kanak-kanak. Adalah dipercayai bahawa dua ahli falsafah terkenal iaitu Plato dan Aristotle merupakan tokoh penting yang menjadi pencetus dan pendokong kepada usaha-usaha pendidikan bagi golongan kanak-kanak dibawah usia enam tahun.

Dalam pada itu, pendidikan yang berasaskan seni dan perkembangan kognitif kanak-kanak dikatakan dipelopori oleh Friedrich Froebel pada tahun 1826. Beliau juga dikenali sebagai Father of Kindergarten’. Berdasarkan penulisan artikel oleh Jill Englebright Fox, Frobel berpendapat bahawa elemen aplikasi di dalam aktiviti seni mampu memberi pengalaman dan keyakinan diri kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang kanak-kanak lalui ketika dan selepas sesi pembelajaran seni sekali gus menghargai setiap pengetahuan yang berkaitan dengan budaya dan persekitaran mereka.

Al-Fatihah buat guruku Allahyarham Dr Roskang Jailani yang telah kembali ke Rahmatullah tgh malam Jumaat/Sabtu lepas(6h April 2012) akibat serangan jantung. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin..

Artikel Paling Dilawati